masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: 2009
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Monday, November 30, 2009

.::.bukan ku pinta.::.


kasih
tak mudah untukku lafazkan
terlalu payah untukku bicarakan
tapi

aku tahu ianya akan tersimpan
jauh menyusuri
setiap celahan impian

kasih
bukan ku pinta
perasaan itu hadir
kerana sudah tertulis
munculnya
tanpa diundang
membuat diri ini tak keruan

menanti kasih
tak kesampaian

kasih
mulanya sukar untukku fahami

tentang apa yang terselindung
di sebalik ini

namun

aku terus setia menanti

rupanya diri ini sudah jatuh hati

pada insan
yang tak mungkin aku miliki

biarpun secara realiti
mahupun fantasi


kasih
biarlah ruangan ilham ini
menjadi sandaran
untuk aku meluahkan
segala yang ku pendamkan

hanya tulisan yang mampu
mempamerkan
segenap perasaan
bahawa dalam diam

aku mencintaimu

aku tidak akan mengharapkan sebarang balasan

doaku semoga segala impianmu tercapai
dan sentiasa di dalam kebahagiaan

p/s: biar maut sahaja yg akan memadamkan api cinta yg selalu menyala dan terus menyala...
"tafsirkan dunia yang mendiam dalam hati"

.::.kata orang tentang satu perasaan.::.


kata orang
cinta itu suatu yang indah
perasaan bahagia,sikap riang gembira
sentiasa hadir di dalam jiwa

kata orang
rindu satu keresahan
ia sering hadir
saat saling berjauhan

kata orang
sayang satu sifat yang murni
jika ditambah dengan keikhlasan
sayang menyayangi satu kebahagiaan

kata orang
penantian satu penyeksaan
terseksanya zahir dan batin
tanpa rasa belas kasihan

kata orang
putus cinta bagaikan hendak gila
mana tidaknya...jika
seluruh kepercayaan telah diserahkan

kata orang
ego itu suatu penghalang
bagi mengecap kebahagiaan
masing-masing
tidak mahu mengalah
namun
diakhiri jua dengan penyesalan

kata orang
perkataan maaf suatu keajaiban
walaupun hanya satu perkataan
ia mampu merobohkan
sejuta keegoan

kata orang
adat bercinta
sentiasa menyayangi, memahami
dan
ditambah pula dengan kesetiaan
tapi jika hanya sebelah pihak
yang menghargainya
percintaan tetap tidak berseri
selamanya

.::.rumput dan kasih sayang.::.

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar
: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar
: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

SAYANGILAH MEREKA YANG TERSAYANG!!!

Renung-renungkanlah .....

.::.sahabat.::.

kemenangan telah jadi milik kita-chayokk, Angau@hijau!!!Allahu Akbar!


erti persahabatan ini



meskipun kadangkala
bicara kita sering bertentangan
namun kita mengerti
kita sebenarnya mencari
satu kebenaran dan keberanian
untuk mengenali diri ini
antara jatuh dan bangunnya
mereka di sisi kita

kepadamu sahabatku
jangan kau rasa kehilangan
andainya aku mengundur diri
daripada satu pertemuan
kerana mungkin perpisahan ini
menjadikan kita saling
mengenal erti perpisahan
kejujuran dan kesetiaan

sahabat setiaku
andainya suatu hari nanti
penantian menjadi realiti kita bersatu
mempereratkan lagi persahabatan kita
pastinya kau akan gembira
kepadamu sahabatku
engkaulah penawar segala kelukaan
aku gembira menjadi sahabatmu
walaupun pertemuan tak menjanjikan kekalnya persahabatan
engkau tetap hidup di hatiku
untuk selamanya...

Thursday, November 26, 2009

.::.generasi dinamik pewaris ummah cemerlang.::.

...mencari seorang sahabat sejati bagai mencari biji benih di dalam timbunan semak, berduri dan menyakitkan...bersedialah untuk dilukai, jangan mengeluh untuk terus mencari...andai sudah ditemui, bajailah ia dengan sepenuh hati agar tumbuhnya nanti berakar dan dahannya menjulang utuh membuahkan untaian ukhwah fillah yang kekal abadi...


teman-teman seperjuangan


pose sebelum sesi fotografi
kak ton, kak pah, kak sima, ana




kump tutorial TLC5
SARJANA MUDA FIQH DAN FATWA
2006-2009
a.hafiz,a.zul,k.zack,k.ain,k.min,k.nurul,ummi,dayah,k.alin,k.asiah,k.yana,k.nani,k.radin,a.helmi,a.hairi
k.ton,k.sima,jiha,atiem,k.ct,k.ma,k.min,k.mar,k.masyi,k.yati,k.fizah,k.faini



generasi pertama
kumpulan elektif falak syari'e usim
mud,atie,a.lan,pian,a.atoi,a.maizul,daus,a.shidi,a.hafiz,k.min,k.zack
jiha,k.nurul,k.eton,k.pae,k.mah,k.shima,k.faini,k.ct,k.fizah

Saturday, November 21, 2009

.::.Allah knows.::.


When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember no matter where you are
Allah knows, Allah knows.

When you’re carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road you take
Allah knows, Allah knows.


No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows, Allah knows.

And whatever lies in the heavens and the Earth
Every star in this whole universe
Allah knows, Allah knows.

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon shout it to everyone
Allah knows, Allah knows.

When you gaze with love in your eyes
Catch your glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows, Allah knows.


When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows, Allah knows.

See we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs never fret never frown
Allah knows, Allah knows.


Every grain of sands in every desert plants
He knows…
Every sheet of palm, every closed hand
He knows…
Every sparkling tear on every eye lash
He knows…
Every thought I had and every word I share
He knows…
Allah know

.::.sahabat sejati.::.

ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Sunday, November 15, 2009

.::.kepasrahanku padaMu.::.






ana fikir tentu ramai yang ingat dengan lagu sebuah Kumpulan Nasyid terkenal tanah air kita, Rabbani yang pernah menyanyikan lagu ini. “Antara Cita-cita dan Cinta.”









Itulah yang sedang ligat bermain dalam fikiran ana dalam lingkaran waktu sekarang ini.


Setiap insan pasti ada cita-cita yang diimpikan dan dihajati. Pelbagai usaha dicorak dan langkah diambil untuk merealisasikannya. Ia memainkan peranan yang sangat optimum bagi membentuk titian hidup kita. Ke arah mana kita akan tuju. Cita-cita juga menjadikan seseorang itu berjiwa besar. Sanggup menempuh apa sahaja halangan yang ditemui untuk merealisasikannya.

Namun, antara sedar atau pun tidak. Cita-cita itu mungkin akan sedikit mengambil tempoh yang lama untuk dicapai lantaran cinta yang terlalu mendalam akan sesuatu. Cinta pada keadilan. Cinta pada kesejahteraan. Cinta pada agama. Cinta pada Allah, Pencipta sekalian makhluk. Cinta yang lahir dalam jiwa dari kefahaman yang ditanam dalam benak fikiran dan kesedaran dihati. Cinta yang sejati dengan perjuangan Islam. Semua itu lagi besar matlamat dan kepentingannya dari cita-cita yang diidamkan.

Cita-cita perlu dialih dan diletakkan sekejap ditepi bagi memberi laluan pada cinta yang Hakiki. Cita-cita yang bermatlamat tinggi akhirnya tumpas oleh kepasrahan hati yang tunduk kepada Rabbul Izzati. Hanya jiwa yang kenal erti kerelaan dan kepasrahan sanggup berhadapan dengan Cinta ini. Bagaikan daya tarikan magnet yang berjumpa dengan kutub yang berlainan. Dicantum rapat apabila bertemu.

Ya Allah. Hamba berserah padamu. Hamba mengerti dan hamba berharap akan ada penghujung yang lebih baik bagi hamba suatu masa nanti. Amin..

بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

:: Cita-cita Yang Menggunung Tinggi Tewas Juga Pada Cinta Yang Mendalam Pada Ilahi..::

Sunday, November 8, 2009

.::.kenangan yg tak dapat dilupakan.::.

alhamdulillah....

pagi ni ana masih berpeluang untuk menghirup udara segar dan melihat pelbagai ragam manusia yg sibuk menguruskan hal2 dan tuntutan duniawi masing2...ada yg masih terlena di buai mimpi2 indah, ada yg sedang menjemur pakaian, tak kurang juga bunyi kenderaan yg lalu lalang di depan apartment camelia court ni...tapi, ada sesuatu yg ana rasa kurang pagi ni, tak pula ana dengar tangisan anak kecil yg selalu aje menerjah gegendang telinga di setiap pg...ke mana anak tu?? ermm..mungkin masih nyenyak tidur di rumahnya atau mungkin ia dibawa pulangke kampung bercuti bersama keluarga...biarkanlah..asalkan mereka bahagia...

sebut tentang bahagia ni...entri kali ini bukan untuk memberi tazkirah atau kuliah pagi...tapi, sekadar berkongsi sikit pengalaman dan muhasabah pada diri sendiri...semalam, terjadilah 1 peristiwa yg ana rasa ia sedikit memalukan tapi bila dikenangkan semula, ia 1 pengalaman buat ana...boleh tergelak sendiri bila teringatkan kisah semalam...

malam kelmarin, gara2 minum biocafe, mata yang sepatutnya berehat tak dapat lelap sepanjang malam...pukul 4.30pg, nak tak nak ana cuba juga rehatkan mata...alhamdulillah dapat juga lelap sekejap...pukul 5.30pg, dah kena bersiap pula untuk ke SMK Dato' Mohd Said,Nilai...pukul 8pg peperiksaan bertulis pun bermula...dimulakan dengan paper 800/3-Reading...mula2 rasa ok je...tp bila dah masuk artikel ke-3, mata dah mula nampak bintang2....macamana ni??ada lagi 3 artikel nak dijawab...tapi mata ni tetap tak nak mengalah, ana teruskan juga menjawab dan akhirnya siap juga 45soalan dalam masa 1jam 30minit...

untuk ke paper 800/4-Writing, kami diberi masa setengah jam sebelum masuk ke dewan peperiksaan semula...duduk sorang2 kat tepi dewan, mula menghafal ayat2 penyambung untuk menjawab essay...tapi, mata mengantuk, hati mula risau, macamana kalau mengantuk masa buat essay nanti...alhamdulillah, bila buka je kertas soalan hilang semua rasa mengantuk dan rasa teruja juga nak menjawab...bukan sebab soalan tu senang...tapi berkat tak tidur malam tadi, ana terbaca tentang isu yang dikeluarkan dalam soalan...apa lagi, masa tu hanya Tuhan yg tahu betapa bahagianya hati...tangan terus menulis, dan akhirnya siap juga 2 essay...

paper yang akhir sekali 800/2- Listening...masa menjawab cuma 30 min...mula2 takut juga sebab sebelum ni markah yg paling rendah dalam MUET ana adalah listening...kadang2 tak sempat nak faham apa yg mereka cakap, tapi semalam alhamdulillah, soalan agak mudah.. dan akhirnya tamatlah peperiksaan...

masa dalam perjalanan balik ni lah berlaku pengalaman yang agak lucu bila dikenangkan...entah macamana ana boleh terlelap dalam bas....padahal perjalanan dari SMK Dato' Said ke hostel tak sampai setengah jam pun...agaknya mengantuk yang malam tadi tak habis lagi kot... tengah duk terlelap tu, tiba2 terjaga bas dah menghala ke hostel ikhwah di sutera indah..tengok2 tinggal ana sorang je dalam bas..apa lagi, kelam kabut juga semalam....yelah, tak pernah2 jadi macam ni...ana minta pakcik turunkan ana di nilai square...nasib baik pakcik tak kisah...tapi, pakcik cakap muka ana macam orang yg banyak sgt fikir...pakcik pesan juga jaga kesihatan dan jangan fikir sesuatu yg menyusahkan diri..

pakcik tu dah macam ahli nujum dah boleh tilik muka ana...hik3...sampai di nilai square ana cari jalan nak balik semula ke hostel akhwat...lama jugalah duduk di situ, tunggu bas nak balik...tapi bas tak de....telefon kawan, tak berjawab...mungkin masih di dewan exam...last2 cik arin baik hati nak tolong hantarkan...alhamdulillah...masa dalam kereta cik arin pun, cik arin cakap muka ana macam orang banyak fikir...ha'ah, yelah..fikirkan exam pagi tadi...

tapi, cik arin cakap ana tipu pula...cik arin cakap ada perkara lain dalam fikiran ana...wahh..semalam ramai pula astrologer yg ana jumpa....apa2 pun terima kasih lah ya utk pakcik dan cik arin yg bantu ana semalam...jasa kalian insyaAllah akan dibalas oleh Tuhan...

inilah lumrah hidup kita seharian...kadang2 pengalaman menjadikan kita lebih berhati2 dalam meniti arus kehidupan....yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kekurangan ana sendiri...

wallahu a'lam bis sawwab...

Friday, November 6, 2009

.::.kelalaian jiwa.::.


sahabat2 sekalian...

kita selalu saja bermegah2 apabila ditanya tentang dunia...adakalanya kita merasa rendah diri serta terhina apabila tidak punya sesuatu yg dipunyai oleh orang lain...
semuanya tentang dunia...harta dunia...tetapi, apabila ditanya tentang harta akhirat, kita selalu saja berselindung...kononnya rahsia...tapi Allah Maha Mengetahui segalanya...
jujur??? ikhlas??? atau bagaimana...kadangkala kita nampak seolah2 seseorang itu jujur dalam agamanya...hakikatnya tersembunyi 1001 kelemahan di dalam ibadatnya...

susuk tubuh seseorang itu akan menterjemahkan segala kelemahannya dalam menunaikan perintah agama dan tunduk serta patuh kepada Allah s.w.t...
seorang cendekiawan pernah berkata: "barangsiapa yang mendakwa 3 perkara akan tetapi dia tidak bebas daripada 3 perkara, maka dia seorang yang menipu dan tertipu"...

1. mendakwa dia merasai kemanisan menyebut nama Allah walhal dia masih mencintai dunia

2.mendakwa sudah benar2 ikhlas walhal dia masih mengharapkan pujian manusia

3.mendakwa cintakan Allah tetapi tidak melakukan sebarang pengorbanan.

dunia yang kita miliki saat ini adalah 1 ruang yg amat sempit dan hanya bersifat sementara...
Segala isinya pula adalah permainan yang melekakan dan pasti akan binasa seperti kita melihat permainan yang dimusnahkan dan ditinggalkan oleh anak-anak kita...
Namun beberapa ramai yang sedar hakikat ini???adakah kita turut menyedarinya??? Kita terus terpedaya dan dilalaikan dengan perkara yang tidak memberi faedah kepada kita.

Ya Allah! Kurniakan taubat sebelum kematian kami,
dan sedarkanlah kami daripada kelalaian ini dan jadikan kami orang yang mendapat syafaat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
amin

Sunday, November 1, 2009

.::.soalan Imam GhazaLi.::.

SALAMULLAHI ALAIK...
sahabat2 sekalian...ada cerita baru kali ini...mungkin dapat dikongsi bersama...
kisah pertanyaan Imam Ghazali..




Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI!! Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU!! Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179)!! Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI: Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 )!! Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT!! Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang!

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA!! Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

p/s: moga menjadi tauladan bg kita semua...

Tuesday, October 27, 2009

.::.bersediakah aku???.::.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Semester I Sesi Akademik 2009/2010

Tarikh dan Masa Cetak: 27/10/2009 7:54PM
No Matrik : 1060665 No Sem : 7
Nama : NAJIHATUL IZZATIE BINTI SAPUAN No KP : 870618235610
Program : SARJANA MUDA FIQH & FATWA DENGAN KEPUJIAN
Fakulti : FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

Kod Nama Kursus Set Tarikh Masa Tempoh Tempat No Meja








LCA4083PROJEK ILMIAHKLCTiada Peperiksaan Akhir
AAA2012PEMIKIRAN ISLAM SEMASAKLC02/11/2009 2:30PM2 jam 30 minitSTADIUM117
LAA3053SIYASAH SHAR`IYYAHKLC03/11/2009 9:00AM2 jam 30 minitSTADIUM407
LCA4053FIQH AL-DUSTURI WA AL-IDARIKLC04/11/2009 2:30PM2 jam 30 minitSTADIUM086
LCA4043UNDANG-UNDANG TORT ISLAMKLC12/11/20099:00AM2 jam 30 minitSTADIUM227
UBE2053BAHASA INGGERIS IIIBE813/11/20099:00AM3 jam 30 minitDP 1-FSU192
LCA4013DIRASAT AL-FATAWA AL-MUASIRAHKLC16/11/2009 2:30PM2 jam 30 minitSTADIUM441
LCA4073PENGURUSAN FATWAKLC17/11/2009 9:00AM2 jam 30 minitSTADIUM190


ARAHAN PEPERIKSAAN KEPADA CALON

1. Calon-calon dikehendaki menanti di luar dewan lima belas (15) minit sebelum peperiksaan bermula.
2. Masuk ke dalam dewan dengan aman dan teratur bila dibenarkan.
3. Calon-calon yang datang lewat tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan bermula tidak akan dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan.
4. Bawa kad pengenalan, kad pelajar, slip masuk peperiksaan dan alat tulis.
5. Tidak boleh membawa masuk ke dalam dewan peperiksaan barang-barang yang tidak dibenarkan.
6. Ambil tempat duduk dan :
- isi dan menandatangani borang kedatangan (Borang H);
- letakkan semua yang berkenaan di sudut atas kanan meja masing-masing;
- baca arahan-arahan pada muka depan soalan;
- pastikan kertas soalan adalah betul;
7. Angkat tangan dan beritahu pengawas jika tersalah kertas soalan.
8. Tulis nombor pendaftaran pada setiap buku/kertas jawapan.
9. Nama tidak boleh ditulis pada buku/kertas jawapan.
10. Tidak boleh keluar dewan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan bermula dan lima belas (15) minit sebelum peperiksaan berakhir.
11. Dilarang bercakap di dalam dewan. Angkat tangan jika ingin berhubung dengan pengawas.
12. Bila masa sudah tamat:
- berhenti menulis;
- ikat semua buku/kertas jawapan;
- mengambil semula kad peperiksaan, kad pelajar dan kad pengenalan masing-masing;
- tinggalkan segala bahan-bahan yang dibekalkan;
- letakkan buku/kertas jawapan di tempat yang diarahkan;
- keluar dengan aman dan teratur.
13. Jangan mencarik sebarang kertas dari buku/kertas jawapan.
14. Buku rujukan yang disediakan dan sebarang kertas tidak boleh dibawa keluar dari Dewan Peperiksaan.
15. Semua buku/kertas jawapan hendaklah diikat sekali kecuali pengawas mengumumkan sebaliknya.
16. Tindakan tatatertib akan dikenakan bagi calon-calon yang:
- tidak mematuhi arahan diatas
- mengganggu perjalanan peperiksaan
- tidak mematuhi arahan pengawas
17. Calon-calon yang meniru, mengelat atau membolehkan calon-calon lain meniru/mengelat akan dikenakan tindakan tatatertib.

Thursday, October 22, 2009

Duhai Hati..
Tak terlihat beban yangg ditanggung
Rintihan yang lama terhimpun
Tak terserlah duka yang menggunung
Rindukan kasih yang terlindung
Mengalir air mata dipipinya
Luahan suara keresahan dijiwa
Tiada lagi daya menahannya
Akhirnya tangisan bergema

Redup mata bagai berbicara
Cerita hati yang terluka
Dan kupinta semua cahaya
Menyuluh laluan damainya
Setia dinantikan semilir yang mendesir
Moga membawa khabar senyuman di bibir
Namun benarlah penantian itu
Hanyalah melahirkan perindu

Kembali dialunkan harapan kasihnya
Didendangkan irama semurni jiwanya

Duhai hati tenanglah dikau...
Usah diturut kehampaan
Tika mimpi hanyalah igau
Tak menjelma kenyataan

Pujuklah tangismu jangan dibiarkan
Indah malammu tercalar

Gerbang bahagiamu telah dijanjikan
Setia disana terhampar

.::.syaitan dengan si buta.::.

assalammualaikum sahabat2...

nak dengar 1 kisah tak???

Kisah ini, tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . dia ada tali yang dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk tukar baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk menukar baju.

Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab, "

Aku adalah syaitan."


Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut.

Syaitan menjawab, "Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun".

Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun.

Sebab itu aku menolongmu.


Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau,.. itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Muhasabahlah diri sendiri (diri ana) sebelum muhasabah diri orang lain.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Monday, October 19, 2009

.::.insaflah hati.::.

errmmmmmmm.....huh!!!

inilah yg sering terzahir dari sekeping hati yg terlalu sesak menanggung segala macam persoalan...
persoalan yg tiada jawapannya...
betul ke takde jawapan???
atau hati itu sendiri yang malas dan berasa tak mampu utk bangun dan meneruskan perjalanannya dalam mencari jawapan bagi setiap persoalan yang menyesak di dadanya...

*********************************

apa pula kali ini???

itulah suara hati yang merasakan tidak sanggup utk menghadapi segala dugaan yg bakal menghampirinya...
sedangkan hati itu tahu bahawa sang pencipta takkan menguji hambaNya dengan ujian yg tak tertanggung oleh mereka...

********************************

kenapa mesti aku???

layakkah hati itu bertanyakan soalan yg seperti ini??kenapa tak dikenang segala kesenangan yg pernah diberikan padanya...baru diuji sedikit, sudah bersedih dan menyalahkan sang pencipta...

********************************

insaflah hati....

dugaan itu hanya sementara agar kau tidak leka dengan kemewahan dunia...tidak dibiarkan kau hanya sibuk dengan hal2 duniawimu...itu tandanya kasih sayang sang pencipta masih ada utkmu...

"innallaha ma'as sobirin"
wa
"innallaha ma'al muttaqin"

wallahu a'lam..

Sunday, October 18, 2009

.::.award utk sahabat.::.


assalammualaikum shbt2...

di sini ada sedikit penghargaan buat sahabat2 blogger...
kpd yg pernah memberi tp tak sempat mengambil atau membalasnya
ana minta maaf banyak2...
jgn risau shbt, ana akan ambil nanti...

***************************


utk award yg pertama ana tujukan pd shbt2 blogger yg byk memberi tunjuk ajar
dan blog shbt2 yg penuh dengan gudang2 ilmu
yg telah byk memandu dlm kembara sebuah perjalanan..

kpd yg berkenaan, sila ambil award kalian ya:

~ustaz khairul anwar
~ustaz azriey
~ustaz "bujang susah"

~ustazah fatin afikah
~ustazah "ana solehah"
~ustazah "tentang hati"

*********************************



utk award yg ke2 ni ana tujukan pada blogger2 yg ana rasa tak jemu tgk blog mereka...
dari sudut kekreatifan dan keunikan blog...

~ustaz aminurrashid
~ustaz "bujang susah"
~ustaz arif zaripin

~ustazah fatin
~ustazah nurain
~ustazah "ana solehah"
~ustazah farazila

**************************

nota: pada shbt2 yg ana terlupa namanya ana mnta maaf..kalian boleh juga terima award ni...
afwan alaa kulli hal..


.::.narration of kemuliaan Insan.::.


adakah benar hitam lumpur itu rendah harganya?
dan
apakah sungguh marak api itu tinggi harganya?
sedangkan
kisah perjalanan lumpur itu adalah kisah perjalanan insan
dan
kisah perjalanan api itu adalah kisah perjalanan yang menyesatkan
lumpur itulah
yang dibentuk menjadi manusia
dihembuskan ruh dan nyawa
dinamakan Adam
dikurniakan Hawa
ditinggikan darjat
berbanding malaikat
dan
api itulah si penderhaka
yang enggan sujud pada titah pencipta
lantas terlaknat
dijauhkan dari segala rahmat
dijanjikan Jahannam sebagai ganjaran

Saturday, October 17, 2009

.::.award dari fatin.::.




assalammualaikum w.b.t

pertamanya ana nak ucapkan syukran jazilan buat pemberi award

ustzh fatin afikah @ http://wardahfaqihah.blogspot.com

maaf ya fatin lama sangat biar award ni...sbnrnya kite tak tau apa nak dibuat dgn award ni...
hu3...almaklumlah..kami budak baru belajar...

alaa kulli hal, syukran ya

********************************

beberapa fakta yg ana tahu tentang pemberi award...maaf kalau salah..hu3...


~seorang pelajar jurusan pendidikan di UKM
~x-student SMKAS Segamat
~mempunyai pemikiran yg kreatif
~nampak mcm pendiam tp kalau dah jumpe baru knl siapa dia..hik3
~sopan dan tenang dalam byk perkara
~sahabat yg baik
~shbt yg boleh dipercayai
~seorang yg happy go lucky
~insyaAllah bakal menjadi seorang guru 1 hr nanti

************************************

beberapa fakta tentang ana...apa ye??mcm tak de yg menarik je...hu3..


~masih menuntut di uni. sains islam malaysia
~pelajar tahun akhir s.muda fiqh & fatwa
~x-student SMAKJ & Maahad Johor
~berumur 22tahun
~masih mencari erti dan tujuan kehidupan yg sebenar
~anak sulung drpd 5 beradik
~anak jati johor darul ta'zim

tu je la kot...khas buat fatin, tunggu ya award dari kite... hu3...

wsalam

.::.pintaku padamu ya Rabb.::.

bismillahirrahmanirrahim...



malam ni entah kenapa hati ingin meluahkan semua yg terbeban di kepala dan menyesakkan dada...tapi tak tau dari mana nak di mula...ya Tuhan, berilah hamba ilham utk mencoretkan sesuatu...

ermmm....


"cinta"

apa itu cinta??

ada apa dengan cinta??

apakah benar cinta itu buta???

ataupun orang yg bercinta itu sebenarnya yg buta dalam menilai erti sebuah cinta???



cinta...
kenapa ia sering hadir ke dalam hati manusia...jika ia dikatakan sesuatu yg indah, kenapa sering saja manusia hancur kerananya??? berdosakah manusia kerana jatuh cinta??berdosakan manusia kerana meluahkan apa yg dirasakannya???

ya Rabbi, telah Kau ciptakan manusia itu berpasangan lelaki dan perempuan...maka berilah petunjuk kepada hamba agar hamba tidak tersesat dalam mencari keindahan sebuah cinta...dan janganlah Kau jadikan hati hamba cenderung utk mencintai sesuatu yg bukan milik hamba...peliharalah hati hamba dalam mencintai makhlukMu ya Rabbi agar tidak melebihi cinta hamba padaMu...




ya Rabbi, sesungguhnya hamba meminta petunjuk yg baik dariMu dengan ilmuMu, hamba meminta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu, hamba meminta kelebihan dariMu dengan kelebihanMu yg banyak...

sesungguhnya Kau yg Maha Berkuasa, hamba tidak berkuasa, Kau yg Maha Mengetahui akan perkara2 ghaib, yg telah berlaku dan yg bakal berlaku, Kau yg menetapkan segala sesuatu...

ya Rabbi, jika Kau mengetahui bahawa ini yg terbaik bagi hamba, agama hamba, dunia hamba, dan kesudahan urusan hamba masa kini dan masa akan datang, maka tentukanlah ia utk hamba, permudahkan ia kpd hamba dan dekatkanlah hamba kpdnya dengan segala keberkatanMu...

jika Kau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik bagi hamba, agama hamba, dunia hamba, dan kesudahan urusan hamba masa kini dan masa akan datang, maka elakkanlah ia dari hamba, dan elakkanlah hamba darinya...

tentukanlah kebaikan utk hamba di mana sahaja hamba berada...sesungguhnya Kau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu....amin ya Rabb...

wallahu a'lam bis sawwab...

Friday, October 16, 2009

.::.12 perkara mengenai cinta.::.



Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.


Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati

Wednesday, October 14, 2009

.::.hanya ingin mengingatkan.::.

my dear friends, dalam kesibukan kerja...kengkadang kita terlupa.....


Hanya Ingin Mengingatkan ...


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


....................................................................................................................


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.



(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)



.........................................................................................



Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.



"Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran".



..........................................................................................



Beberapa kata renungan dari Qur ' an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


Wassalam.