masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: 2011
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Tuesday, April 12, 2011

soleh @ solehah ???


Assalamualaikum....

Saya masih teringat perbualan dengan seorang teman sewaktu zaman persekolahan dulu..Semasa di bilik hostel, dia bertanya ‘Bila rancang nak kahwin?

Dengan selamba saya menjawab, “23

Waah...awalnya...!!

Hehe, tak nak kalah dengan mak.. Dulu mak kahwin umur 23 tahun juga

Ececehhh... Takpela.. Biasa orang baik-baik ni memang nikah awal...hehe

Erkkkk???

Lama dah berlangsung perbualan di atas......(tuanya saya).. Sekarang, dah masuk 24 tahun dah pun.. Belum bernikah lagi ^_^

Maknanya, belum cukup baiklah tu. Hehe.. (Semuanya qada’ dan qadar Allah)

Memang pada pendapat saya, orang-orang yang soleh dan solehah ni memang kahwin awal-awal belaka.. Ada yang 19 tahun dah kahwin, dah beranak-pinak.. Tapi yang penting bagi saya adalah kematangan seseorang.. Sedangkan anak berumur 5 tahun pun boleh jadi lebih matang berbanding kita, apabila sejak kecil hidup dalam kesusahan..

Habis tu, kalau kahwin lambat tu semua tak solehah ke?

Bukan begitu.. Situasi ni sama seperti kaitan antara smoking dan COPD.. (Maaf, memang inilah perbandingan yang dapat difikirkan)..Orang yang mempunyai COPD, majoritinya adalah perokok..Namun di antara yang merokok, tidak semuanya mendapat COPD.

'Ada pulak bandingkan dengan perokok...'

Nak dikatakan kat sini, cuma ada ‘association’ kahwin awal & soleh@solehah seseorang itu.. Sebetulnya, ianya cuma perspektif manusia.. Soleh@solehahnya seseorang itu mungkin cuma boleh dijangka daripada luarannya, hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Dan kita pasti lebih mengetahui tahap keimanan kita, tinggi atau rendah; walau apapun kata manusia..

Tak semua yang menikah awal itu soleh@solehah dan tak semua yang lambat menikah itu bukan orang yang soleh@solehah.. Cuma mungkin dari segi statistik kelihatan begitu..

"Apa yang cuba disampaikan sebenarnya?"

Macam ni... Biasanya orang-orang yang mempunyai kesedaran agama, memang sangat menjaga dirinya, bimbang jika termasuk ke dalam lubang fitnah. Terutama sekali di akhir zaman, yang mana fitnah memang berleluasa, jadi jalan pernikahan itu diambil untuk menjaga agamanya.

"Daripada ‘couple’, lebih baik aku nikah"

Benarkah penyataan ini?

Sebuah hadith daripada Abdullah bin Mas`ud ra. dalam Sahih Muslim menyebutkan:

Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Uthman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Uthman berkata kepada Abdullah:

Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah.

Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: ‘Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu.

Berbalik kembali kepada tajuk entry kali ini.

"Orang solehah= cepat bernikah"

Sudah cukup soleh & solehahkah kita?

Sudah bersediakah?

Atas alasan apa kalian mahu menikah?

Untuk mengelakkan zina semata-mata?

Tidak semudah itu. Cukupkah bekalanmu? ‘Tiada apa yang mudah dalam soal ilmu!’ Imam Malik pernah berkata.

"Jika erti pernikahan pun belum difahami, bagaimana pula mahu menikah? Silap-silap, menganiaya anak orang pula jadinya."

Jadi, perbaikilah diri kita sebelum memasuki alam pernikahan.. Pernikahan itu adalah satu ibadah sepanjang hayat.. Jangan pernah dipandang ringan..

Dan antara sikap yang sangat dibenci oleh Allah ialah mendahulukan hawa nafsu, dan bukan wahyu dalam menjalani kehidupan.. Bila tiba ‘ritual-ritual’ agama yang perlu, barulah kita sibuk mencari ustaz, baru nak mencari agama..

Yang mana satu alat, yang mana satu matlamat?

Pernikahan itu hanyalah alat untuk mendapatkan matlamat kita iaitu keredhaan Rabb kita.


Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Perempuan itu dinikahi kerana empat hal, iaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Nikahilah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia.” (Muttafaq 'Alaih dan Lima ahli hadith lainnya)

Jangan keliru.. Kita bernikah bukan sebab cinta pada pasangan, lepas tu akhirnya nak dapat redha Allah atas cinta kita yang agung jadi kita pun menikah.. Takkan Allah diletakkan di tempat kedua... Luruskanlah ini terlebih dahulu.. Letakkan Allah pada tempat yang pertama.. Segala perkara dilakukan HANYA keranaNya, kerana mahu mengikuti sunnah Rasulullah saw..

Anas Ibnu Malik Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: “Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat.” (Diriwayatkan oleh Ahmad. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.)

Tapi jika sebelum bernikah kita sudah lari daripada matlamat itu sendiri (dengan melakukan perkara yang dilarangNya) bagaimana pula mahu menuju matlamat itu?

Kita mahu menikah, tapi kita belum mampu lagi..

Jadi bagi yang sudah ada taman dalam hati, renungkanlah hal ini. Suka, cinta, itu fitrah, cuma jangan pesongkan ianya sehingga menjadi fitnah.

Jika merasakan apa yang dilakukan itu salah disisiNya, mohonlah keampunanNya atas kelemahan diri, dan kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ke arah yang lebih menjaga tahdid agama kita. Berubahlah sedikit demi sedikit. Itu lebih baik bagi kita...

Fikirkanlah.

Apapun, pintu taubat terbuka luas buat hamba yang mencari keampunanNya.. Masih ada peluang utk kita kembali meniti jalan yang lurus untuk menuju Allah.

Namun sebelum tiba ke alam itu, marilah kita menjadi soleh atau solehah terlebih dahulu.

Allah Maha Mengetahui.

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~


Wallahu a'lam...

Friday, February 25, 2011

.::kesempatan atau pilihan::.




Kesempatan Atau Pilihan...
Bertemu adalah kesempatan, mencintai adalah pilihan...
Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan..

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu
tertarik,
Itu bukan pilihan, itu kesempatan...
Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan,
Itupun adalah kesempatan..
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan...
Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walau
apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan..


Bahkan ketika kita menyadari bahwa masih banyak orang
lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya,
daripada pasanganmu,
Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan...
Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan..
Pilihan yang kita lakukan...
Berbicara tentang pasangan jiwa,

Ada
suatu kutipan yang mungkin sangat tepat:
"... Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil.. "

Pasangan sehati dan sejiwa memang benar-benar ada.
Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang
Yang diciptakan hanya untukmu..
Tetapi tetap berpulang padamu,
Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya atau tidak...
Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan sehati dan sejiwa dengan kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama dia,
Adalah pilihan yang harus kita lakukan..

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang
sempurna untuk dicintai,
TETAPI untuk...
Belajar mencintai orang yang tidak sempurna, Dengan cara yang sempurna...^^
While you are reading this page, if someone appears in
your mind, then..

" You Are In Love With That Person..^^ "

.::kerana aku sayang kamu::.




Aku sayang kamu..
pertama kali terpandang..
seakan ada tarikan magnet yang menarik
aku tak tahu kuasa apakah itu
tapi yang pasti kamu mampu membuat
denyut nafasku bagaikan terhenti
kehidupanku ceria selalu...
hanya kerana
ku pahat wajahmu dalam mindaku

Aku sayang kamu..
memang ku akui
aku memang sukar untuk meluahkan rasa
bahkan merona segan melakar bicara rindu
melafazkan kata-kata cinta
tapi dengan kamu segalanya ingin
aku muntahkan apa yang terpendam
agar kau mengerti..

Aku sayang kamu..
walau tanpa tanda noktah yang pasti
tanpa talian perhubungan hati
aku senang begini..
biar rasa rindu dan tertanya-tanya itu
membuat hati kita jadi dekat selalu
kerana Kuasa itu lebih mengetahui segalanya..

Aku memang sayang kamu..
namun aku lebih menyayangi diriku sendiri
kerana aku takut rasa sayang yang melampau
padamu
membuat aku melukai diriku..
dan meruntuhkan kekuatan yang kembali
ku pertahankan.
dan aku paling takut andai
tiba-tiba kamu hilang.. seperti mereka
jadi biarlah yang tersirat dan tersurat itu
ku genggam erat dalam lipatan hati
andai ada restu Ilahi
pasti kan jadi milik ku..

Kamu yang aku sayang, ku sentiasa doakan yang terbaik buat mu..

.:: kita adalah sama::.


Kita pernah derita
mungkin kerna cinta
kita mungkin kecewa
kerna pernah terluka
apa yang kita rasa
mungkin ada sama
aku, dia, kamu dan mereka

kita adalah sama
ada rasa duka
cuma ceritera kita berbeza

salah,
benar bukan salah siapa
ini dugaan untuk kita
apa yang kita perlu ada
sabar,tenang kan jiwa
berani meniti masa
tahu untuk berkata..

sabar dan tenanglah jiwa
Usah di toleh lagi ke belakang sana
kita perlu terus kedepan utk mara
walaupun ada rasa kecewa
pujuklah hati bahagiakan rasa
jangan ada lagi airmata
pada cinta yang sia-sia..

Monday, February 21, 2011

.::balik kampung::.


bismillah...................................

hai semua...kelmarin saya balik kg... seronok, dengan senang hati saya bersiap2 utk balik kg... padahal, isnin kerja... saya rasa tenang bila balik kg... insan2 yg saya sayang sentiasa dekat dpn mata saya... lupa segala masalah... 2 minggu saya duk kat rumah sewa, demam, batuk, selsema, sakit kepala... balik rumah je, semua hilang... sebab tu saya suka balik kg... ^^

actually, saya dah dapat kerja sambilan...kt asasi uiam... boleh la buat tambah duit poket... bosan juga bila kuliah cuma hari rabu jam 12pm- 2pm, tutorial pula khamis jam 11am-1pm... waktu yg lebih2 dibazirkan macam tu aje... huhuhu.. saya tahu badan saya ni bukan kuat sangat.. pantang penat ckt, mulalah demam berhari2... tapi, sampai bila saya nak jadi lemah... tak lama lagi nak hidup berkeluarga... saya tak nak orang ckp saya malas... mula2 saya kerja, memang terus demam, padahal, kerjanya cuma duk depan PC, menaip, print, susun fail2, buat jadual... dari jam 8am-5pm... itu pun boleh demam...

kdg2 saya hairan dgn diri saya... knp saya macam ni... belum buat kerja berat2 lg...nasib baik ada mama, mama je yg faham... tapi, kesian juga kat mama kalau saya tak tolong buat keje... siapa nak bayar yuran kuliah saya... siapa nak byr duit sewa rumah saya... adik2 pun nak guna duit utk sekolah... nak tak nak, saya kena kuat...

alhamdulillah, ada 'dia' juga yg selalu bagi semangat... buat ganti tempat arwah abah... utk saya berpaut... tempat saya meluah segala suka dan duka... sentiasa memahami, tak pernah sekali pun meninggi suara... betul kata mama... rupa dan harta tak menjamin kebahagiaan... yang penting hati yg ikhlas menerima, saling jujur dan percaya...^^ thank you tadi hantar saya balik dan sudah belanja saya makan...^^

ya Allah, besar sungguh rahsiaMU... selepas kedukaan berlalu, kini aku mampu tersenyum kembali... pimpinlah aku agar tidak leka dgn nikmatMu... amin.. ^^

Thursday, February 17, 2011

.::masihkah aku punya waktu::.




detik waktu terus berlalu

meninggalkan aku yang masih merangkak
dalam meniti perjalanan hidup
yang penuh pancaroba

masihkah aku punya waktu
untuk mencapai segala impian
dan matlamat yang aku bina selama ini

kalau ada pun
masih panjangkah waktu buatku
oh Tuhan
sungguh keinginanku begitu banyak
tidak terkira dek susunan jari

sempatkah aku
untuk menunaikan semua kewajipanku


waktuku hanya tinggal sedetik
mampukah aku
untuk menyempurnakan
separuh daripada imanku
Allahu Rabbi

oh Tuhan
andai tiba saatMu
utk menjemputku
kembali kepadaMu
jemputlah aku
di saat

aku tidak lagi menanggung hutang

dan bebanan hidup di dunia
kerana hakikatnya
aku tak mampu utk membayarnya

saat diri mula melangkah ke dunia itu

peliharakanlah
insan2 kesayanganku
titipkanlah kebahagiaan dan kegembiraan
buat mereka

kerana aku sangat sayang mereka
itu sahaja harta paling berharga
amanah buatku
dari abah tercinta

sungguh aku hanya yakin padaMu
untuk menjaga mereka
terima kasih ya Allah

Wednesday, February 16, 2011

SAYA DAN DIA


salam mahabbah....



entri kali ni???? biase je... zon merapu di pagi2 yg buta...huhuhu... malam tadi mimpi jalan2 naik motor dengan arwah abah... rasa macam tak nak bangun je dari mimpi tu... agaknya dah rindu sangat... lepas sedar je sedekahkan al-fatihah... akhir2 ni kerap sangat mimpikan arwah... tapi, nampaknya semua mimpi2 yg menggembirakan... ^^

ada juga meluahkan pada 'dia'... alhamdulillah, nasib baik 'dia' rajin mendengar celoteh saya...huhuhu...thank you sayang sebab selalu ada bila saya memerlukan seorang teman... agaknya kalau abah masih ada, pasti banyak yg boleh dinasihatkan tentang 'dia' dan masa depan kami...

abah,

kakak dah jumpa seseorang yg boleh jaga kakak... abah ingat lagi tak? abah selalu pesan, "esok, kalau nak cari bakal suami, cari yg pandai bangun solat subuh sendiri..." puas kakak fikir... rupanya dalam maksudnya... bila dah jumpa, baru kakak faham... abah nak tahu lagi x?? dia tegas macam abah, dia pendiam macam abah, dia baik macam abah, dia kelakar macam abah, dia penyabar macam abah, cuma 1 jelah.. dia x kuat komen mcm abah...hik3... tapi, abah tetap yg pertama dalam hati kakak...takde siapa pun boleh ganti tempat abah...^^

abah,

kakak rindu sangat dengan abah... akhir tahun ni kakak nak konvo dah... tiket nak masuk dewan ada 2, satu utk mama, satu lagi kakak nak bagi sape... dulu, masa mama konvo kat UTM abah bagi bunga kan?? agaknya masa kakak konvo nanti, boleh dapat bunga dari insan tersayang x macam mama dapat bunga dari abah...hihihi...^^ tapi, mama pandai... dapat 1st class.. kakak tak pandai macam mama... dia pun pandai macam mama.. tapi, dia dari UKM...segannya nak tunjuk ijazah tu nanti...huhuhu... tapi, 'dia' cakap, dia terima kakak seadanya... alhamdulillah...

abah,

dia baik sangat... kakak tak tahu sejak bila kakak mula sayang dia... agaknya berdosa tak sebab sayang dia sebelum waktunya... dulu ego sangat... selalu cakap, "aku takkan jumpa yg lebih baik dari ni" dan "aku takkan sayang yg lain lebih dari yg ini"...padahal, yg berkuasa meletakkan cinta itukan ada...dan yg berkuasa merubah hati manusia itu pun ada... itulah, suka cakap besar, kan dah berdosa... astaghfirullah..... =( kembali semula pada Allah...

abah,

restu kami ye...




u/p: seorang sahabat....
"cinta pertama saya bukan cinta sejati bagi saya, saya selalu cuba ingatkan awak, tapi awak sentiasa nak bermusuh dan cari pasal dengan saya... saya harap ikatan saya dgn tunang saya akan memadamkan api kebencian awak pada saya... sebab saya sayang awaklah saya cuba ingatkan awak... tapi, kalau awak rasa saya cuba memusnahkan hubungan awak dgn dia,,, itu salah! apa maknanya kata2 ini?? "rindu awak, tu yang senyum2", "hai syg, saya dah sampai", "mungkin sebab setiap antara 2 khutbah saya sebut nama awak.. jadi hati kuat kat awak, saya cuba syg n***", "tapi saya syg awak.. walaupun ada n***.dia x sama mcm awak.. jauh sgt beza..awak plz jgn bgtau sape2 hal ni", "maaf saya tak dpt lari dr ingat awk", "hati sy mcm dipaku nama awak, susah sgt nak cabut, teruknye sy ckp mcm ni", "sungguh sy ckp, sy masih ingat kt awak...ini rahsia kita k, maafkan sy bgtau ni.."... saya tau di depan awak dia akan memburukkan saya... sebab di depan sy dia memburukkan awak... lelaki jenis apa mcm ni... lelaki kalau dia sayang perempuan, dia takkan burukkan di depan org lain... semata2 nak menagih simpati... maaflah, mungkin dulu saya pernah buat silap... tapi, utk kali ke2, tidak sama sekali... utk apa sy menoleh lagi sedangkan di depan sy ada yg lbh baik buat saya... berhati2lah sahabat... jangan pandang saya sbg musuh, lihatlah saya sbg seorang perempuan yg seperti kamu... maaf sy terpaksa dedahkan di sini... sebab awak tak pernah mendengar secara positif apa yg sy cube sampaikan... ape2 pun keputusan di tangan awak... kalau awak boleh teruskan pun baik juga... sama2 berubah ke arah kebaikan... saya doakan awak baik2 selalu... berjaya dunia dan akhirat... salam mahabbah dari saya..."

Thursday, January 27, 2011

.::cerita tentang saya::.




assalamualaikum pembaca...

apa khabar semua?? hope sihat dan ceria2 selalu... mau cerita tntg ape ye kali ni?? jom kite sembang tntg ape2 je... cerita tntg sesuatu yg x memberatkan akal fikiran... hehehe...

kali ni nak bercerita tntg diri sendiri la... sekali- sekala... hehehe... tntg saya, kamu dan dia... boleh?? kalau x boleh, kamu x payah baca... saya just menulis utk suka2... utk ingatan diri sendiri... =)

alhamdulillah, saya bersyukur sb tahun 2011 ni dimulai dgn penuh ketenangan... walaupun 2010 meninggalkan seribu kepahitan... tapi, semua tu x mematahkan semangat saya utk terus hidup dan berjuang utk masa depan saya... saya tahu, semua yg dah berlaku telah tertulis menjadi separuh perjalanan hidup saya...alhamdulillah, saya dpt lalui semua tu dgn baik...

bila diingat kembali awal tahun 2010, abah sakit... hantar berubat ke sana ke mari,, adik saya OKU...terpaksa berhenti belajar... abah meninggal dunia hari akhir saya praktikal... pg tu saya hepi sgt kt mahkamah syariah jb bile sume staff buat jamuan akhir tahun utk pelajar2 praktikal... dpt hadiah, sijil, makan2, bergmbr kenangan... saya tak tau abah tgh berjuang dgn maut di HSAJB... smpai waktu tghri, mama call minta dtg cepat ke hospital...rupenye, dlm kegembiraan, saya terpaksa terima 1 hakikat besar yg saya telah kehilangan seorang insan yg takde gantinye kt dunia ni...

masa tu takde sesiapa pun di sisi saya utk saya tumpang berpaut... saya tgk mama mcm tak boleh terima hakikat... saya cuba kawal perasaan saya... saya ckp kt mama, "kalau kite nangis, abah lg sedih..dia pun xnak tinggalkan kte.." saya mcm x caya saya msh kuat utk tahan airmata saya masa tu... saya cuba call kwn2 dgn hrpn saya dpt sedikit semangat mereka... alhamdulillah, ada juga yg memahami...trima ksh semua...

saya cuba meredhakan pemergian abah... 7 mei 2010- jumaat- jam 1ptg.. dalam sejarah... hari yg sama, perodua call, kereta yg abah belikan utk saya dah sampai... banyak betul perkara yg berlaku hari tu... 4hari kemudian, handphone sy yg saya baru 4bln beli setelah 2tahun saya x guna hp, tibe2 hilang...pdhal tulah kenangan terakhir saya dgn arwah abah...mase g terengganu seminggu sblm abah pergi...saya mmg tak sempat nk pindahkan ke laptop... saya sedih sgt... tp tkpelah, saya tau kalau hp tu msh ada pun, sy tkkan sampai ht nk tgk gmbr2 abah...abah tetap hidup dlm ingatan dan hati saya...

september 2010, saya buat operation kat hospital kulai... buang ketumbuhan yg dah 4thn saya simpan...entah kenapa, saya jd berani utk lalui semua tu...saya tau, kalau saya mati, abah ada di sana tunggu saya...saya x keseorangan... tapi, alhamdulillah, Tuhan masih pnjgkan umur saya... sekarang ni sy dh semakin sihat...saya dah boleh buat keje berat sikit...dah x selalu demam.. dan yg paling best sekali sydh boleh mkn seafood...hehehe...

tentang pelajaran pula?? hmmm... saya sedar saya x semudah kwn2 yg lain dlm menempuh prjalanan sbg seorg pelajar IPT... saya sakit, ingatan saya semakin lemah.. saya pun x tau knp... tapi, saya tempuh juga walaupun saya x cemerlang mcm org lain... sekurang2nya saya nak hbskan ijazah sarjana muda saya... saya redha mgkin ni dah ketentuan hidup saya... bln 10 2011 ni insyaAllah saya nak naik pentas genggam segulung ijazah yg saya nantikan selama hampir 5thn di sini... saya nk hadiahkan sedikit kegembiraan buat mama...doakan saya ye...

cinta??? hehehe...malulah nak cerita... cmane ye...huhuhu... saya tak tau cinta tu apa sebenarnya... dan kenapa perlu cinta... yang saya tau cinta tu 1 penyakit dan ramai yg suke dijangkiti penyakit cinta... xterkecuali diri saya sendiri... tapi, cukuplah kalau saya katakan di sini, saya dah terikat sejak 11januari 2011.... dan saya sangat bersyukur dgn ikatan ni... saya harap sgt saya dpt jaga hubungan ni dgn baik...hingga saatnya nt saya sah menjadi miliknya...
yang dah berlalu, saya anggap ia sbg taqdir yg dah tertulis sbg sbahgian dr hidup saya...saya x nak ingat2 lagi... saya cume harap kesetiaan saya dihargai...utk apa dibazirkan hidup kte hanya utk org yg belum tentu jadi milik kte...

huhh...sedar x sedar, dah pnjang lebar saya bercerita...dah pukul 3am pun... okla semua...saya nak tidur... sok saya harus ke kuliah jam 11am... selamat mlm semua... daaaa... =)

Saturday, January 22, 2011

.::lelaki dan airmata::.


selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w....




memikirkan tajuk yg sesuai utk entri kali ni sudah memeningkan kepala... apa lagi isinya... tapi, saya cuba juga menulis utk berkongsi...

"lelaki dan air mata"

itulah tajuk yg sesuai agaknya... janggal juga rasanya bila berbicara tentang hakikat bahawa lelaki juga MENANGIS...sebab biasenya air mata tu sering dikatakan sebagai senjata persuasif bg wanita utk mempamerkan kesedihan @ utk mencapai apa juga hajat yg terbuku di hati... air mata juga dianggap sbg 1 kaedah utk menyampaikan mesej kpd org lain agar memahami ape yg mereka rasakan... betul kan wahai wanita2 spt saya...? =)

airmata mampu menterjemahkan sesuatu perkara tanpa sepatah bicara...itulah kuasa titisan air mata...=)

jadi bila lelaki menangis, kita selalu menganggap ia sbg 1 kelemahan bg mereka... saya rasa aneh bila saya berkata kpd seorang teman, " wahai teman, menangislah... jgn simpan tangismu kalau memang ada yg ingin kamu tangisi...". kalau kata2 itu saya tujukan kpd teman wanita, mungkin tidak terlalu aneh bunyinya... betul ke pendapat saya ni????

sebenarnya air mata tu adalah BASUHAN JIWA yg menghayati serta menjiwai sesuatu insiden...ia bukan hanya milik kaum Hawa... air mata akan mengalir bila bersentuhan dgn hal2 yg menyentuh hati nurani kita...memang betul, tangis dan air mata spt sebahagian daripada hidup wanita...namun, lelaki juga makhluk yg berperasaan...cuma mungkin kadarnya je yg berbeza...yang jelas, lelaki tu jauh lebih MISKIN perasaannya drpd wanita spt saya...=)

anggapan bahawa lelaki harus menahan air mata drpd menitis di kedua belah pipi mereka, apa lagi sampai dilihat oleh orang lain.. itu adalah SILAP!

WANITA pada fitrahnya dikenal sebagai pemilik sifat KEIBUAN, KELEMBUTAN, KETABAHAN, KEHALUSAN serta segala sifat kewanitaan yg telah dianugerahkan kpd mereka... sedangkan LELAKI yg baik memiliki sifat kewanitaan dlm diri mereka...lelaki juga boleh menangis dan air mata mereka bukan sesuatu yg janggal utk dilihat @ disaksikan...selagi tangisannya bukan krn sifat mengada2, tapi menunjukkan betapa halus dan lembutnya perasaan yg mereka miliki...

kehalusan dan kelembutan perasaan ini tidak akan mengurangkan susuk peribadi mereka yg tegar dan tegas,tapi akan menjadikan ia sbg susuk peribadi yg ideal utk dijadikan teladan bg org lain...sebab kehalusandan kelembutan perasaan akan menghasilkan sifat SABAR, sedangkan KETEGARAN dan KETEGASAN itu akan menghasilkan sifat BENAR!

lelaki yg ingin BERJAYA harus memiliki 2 sifat teras ini iaitu SABAR dan TEGAS!!!

memupuk sikap BENAR dgn mengetepikan sifat SABAR, akan menyebabkan keperibadian lelaki itu TIDAK SEIMBANG....

Maka, jangan simpan tangis anda wahai lelaki...

bila ada sesuatu hal yg membuatkanmu ingin menangis, maka izinkanlah ia keluar dari kehalusan dan kelembutan rasa... sesungguhnya air mata lelaki akan memberi kekuatan kepada kpd mu krn setelah ia mengalir, runtunan jiwa dan segala yg terbuku akan terungkai... masalah mampu diredakan serta jalan keluar akan terbuka sedikit demi sedikit...

wallahu a'lam....=)

Thursday, January 20, 2011

cinta saintifik alaf baru


saya : kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

dia : aku tidak percaya padamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindakbalas penggantian ke atas diriku.

saya : kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

dia : tapi, aku rasakan kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg aku berikan.

saya : tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

dia : aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yg kau berikan masih lagi belum sahih.

saya : tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindakbalas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

dia : kau jangan bohong! aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

saya : itu adalah fitnah yg tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.

dia : tapi, kenapa kau membuat tempoh percintaan kita mengalami rintangan?

saya : aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

dia : adakah kita akan berpadu secara kimia?

saya : itu masih belum diketahui, tapi hasilnya nanti dapat dilihat melalui mikroskop cahaya.

dia : aku bimbang kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindakbalas dengannya.

saya : nampaknya, kita sedang bercinta 3 segi dan haruslah menggunakan hukum2 penyelesaian segi 3 untuk menyelesaikannya.

dia : tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. masihkah kau tidak percaya?

saya : ya, aku percaya. tapi, aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

dia : itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh percintaan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

saya : kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 daripada iman.

dia : tapi, imanku adalah infiniti.

saya : aku tidak fikir yg iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.

dia : kau membuat kemarahanku meruap2. nanti bila tekananku melebihi tekanan udara, kau juga yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

saya : aku sekarang bukan aku yang dulu lagi. aku telah mengalami plasmolis.

dia : kau benar2 menyakitkan hatiku. ku sangkakan kau adalah intan, rupanya kau adalah grafit. pergi kau dari sini. biarkan aku sendiri menuju ke arah yg infiniti bersama aura kehidupan dalam gelombang beta.

Wednesday, January 19, 2011

..::KENAPA KITA MENUTUP MATA::..




"kenapa kita menutup mata"

ketika kita menangis, ketika kita tidur,
ketika kita berciuman, ketika kita membayangkan..........?

ini kerana hal terindah di dunia
TIDAK DAPAT DILIHAT

kita semua agak aneh, seperti anehnya hidup ni
dan ketika kita menemukan seseorang
yang keunikannya SEIRING dengan kita
kita bergabung dengannya
dan
jatuh ke dalam suatu keanehan serupa

itulah yang dinamakan CINTA

ada perkara2 yang kita tak ingin untuk melepaskannya
orang2 yg kita tak ingin tinggalkan
tapi ingatlah................

melepaskan BUKAN bererti berakhirnya dunia ini
sebaliknya merupakan 1 PERMULAAN hidup baru

kebahagiaan ada untuk mereka
yang menangis, disakiti,
mereka yg telah mencari dan mereka yg telah mencuba
kerana merekalah yang tahu
MENGHARGAI betapa pentingnya org yang telah menyentuh
kehidupan mereka

CINTA YG AGUNG???

ketika kita menitikkan air mata dan
masih mempedulikannya

ketika dia tidak mempedulikan kita
dan kita masih menunggunya dengan setia

ketika dia beralih cinta kpd yang lain
dan kita masih mampu tersenyum sambil berkata
"aku turut berbahagia untukmu..."

INGATLAH...!!!
bahawa kita mungkin menemukan cinta dan kehilangannya
tapi, ketika cinta itu mati............
kita tak perlu mati bersamanya

orang yg paling kuat bukan mereka yg selalu menang
tapi mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh

entah bagaimana....
dalam perjalanan kehidupan
kita belajar tentang diri kita sendiri
dan menyedari bahawa penyesalan
TAK HARUS ADA...!!!

hanyalah penghargaan abadi
atas pilihan2 kehidupan yg telah kita buat

MENCINTAI...
bukanlah bagaimana cara kita melupakan
tapi, bagaimana cara kita memaafkan

bukanlah bagaimana kita mendengarkan
tapi, bagaimana kita mengerti

bukanlah apa yg kita lihat
tapi, apa yg kita rasa

bukanlah bagaimana kita melepaskan
tapi, bagaimana kita bertahan

"menahan air mata itu lebih berbahaya daripada menangis tersedu sedan"
airmata yg keluar dapat dihapus
tapi, airmata yg tersembunyi menggoreskan luka yg tidak akan pernah sembuh

dalam urusan CINTA
kita sangat jarang untuk menang

tapi, ketika cinta itu tulus, meskipun kalah
kita tetap menang hanya kerana kita berbahagia
dapat mencintai seseorang LEBIH DARIPADA MENCINTAI DIRI SENDIRI

akan tiba saatnya
di mana kita harus berhenti mencintai seseorang
bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita
tapi kerana kita menyedari bahawa
orang itu akan lebih bahagia
BILA KITA MELEPASKANNYA

APABILA kita benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia
jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kita benar2 mencintai
tapi..........
BERJUANGLAH DEMI CINTAMU
kerana itulah CINTA SEJATI

lebih baik menunggu orang yg tepat kerana hidup ini
terlalu singkat untuk disia2kan hanya untuk
'SESEORANG YANG BELUM PASTI JADI MILIK KITA'

KADANGKALA ORANG YANG KITA CINTAI ADALAH ORANG YANG PALING MENYAKITI
HATI KITA
KADANGKALA TEMAN YANG MEMBAWA KITA KE DALAM PELUKANNYA DAN
MENANGIS BERSAMA KITA ADALAH CINTA YANG TIDAK KITA SEDARI