masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Thursday, September 10, 2009

.::.dugaan hari ini.::.

hari ni dah masuk 3 hari demam...bukan setakat demam je, sakit kepala+batuk+selsema...semalam pergi klinik...doktor cakap ada masalah dengan paru-paru... aduhh!!! dugaan apa pula kali ni...ingatkan demam biasa...patutlah batuk dah sebulan tak baik2...patut ke diri ni menyusahkan hati kecil mama lagi??? tidak!!! mama tak patut tahu tentang ni...cukuplah hati dan fikiran mama tertumpu pada abah dan arrif yang masih perlukan perhatian, rawatan dan belaian mama...tidak sekali2 diri ni menambahkan susah di hati mama lagi...lagipun doktor cakap tak serius...cuma perlu jaga pemakanan, elak minum ais, mandi malam, dan tidur bawah kipas...insyaAllah, lama2 nanti baiklah...
siang tadi kalau ikutkan hati memang tak larat nak pergi tutorial pengurusan fatwa...tapi, kuatkan juga diri ni sebab hari ni ada presentation...tak tahu lah apa dah jadi tadi...cakap pun tak clear sangat...tak boleh nak tumpu...rasa nak tumbang je berdiri di depan kelas tadi...mujur ada dinding...dapat juga bersandar...nasib baik kena bentang bahagian rumusan kaji selidik je...kalau tak kesian juga pada kawan2...mesti mereka tak faham...
esok pagi ada presentation fiqh mu'asarah pula...nak bentang bab إخراج زكاة الفطرة بالنقود...tak tahu lah larat ke tak esok...harap2 Allah beri sedikit kekuatan untuk menghadapi hari esok...amin...

Monday, September 7, 2009

~*keperibadian wanita muslimah*~


setelah hampir 2bulan, akhirnya dapat juga ana selesaikan membaca kandungan buku ini...buku yg bertajuk "KEPERIBADIAN WANITA MUSLIMAH" yg ana terima daripada seorang sahabat sempena ulangtahun ana yg ke 22tahun...inilah kali pertama sepanjang hidup ana terima pemberian berbentuk ilmiah...syukran laka ya sodiqi...semoga Allah membalas setiap kebaikanmu..amin...


di sini ana bukan ingin berkongsi kenangan tentang pemberi buku ini...tetapi ingin berkongsi pengalaman sepanjang pembacaan ana...buku ni ada 666muka surat...perit juga lah nak habiskan...mula2 ana baca, ana tak faham sb ia ditulis dalam bahasa indonesia...tapi bila dah lama2 ia menarik perhatian ana utk habiskan juga membaca...


seperti yg kita semua tahu wanita mempunyai peranan yg sangat penting dalam keluarga, masyarakat, dan negara...baik atau buruknya sesuatu bangsa itu adalah daripada baik dan buruknya wanita...


islam berikan kita petunjuk dan ajaran, bagaimana seorang wanita muslimah dapat memainkan peranannya dalam kehidupan ini agar menjadi orang yg berguna bukan shj pada dirinya tetapi juga pada keluarga, masyarakat, dan bangsanya...


antara yg terkandung di dalam buku ni adalah bagaimana peranan seorang wanita itu bersama Tuhannya,bersama dirinya, bersama orang tuanya, bersama suaminya, bersama putera-puterinya, bersama menantunya, bersama keluarganya, dan banyak lagi...


ana rasa buku seperti ini sangat baik utk ana belajar memperbaiki kekurangan yg ada pada diri...sekalipun tidak sempurna, tapi ana ingin berusaha dengan sebaiknya... harap2 ada Allah yg selalu membantu...
sekali lagi syukran jazilan khas buat sahabat yg bersusah payah berikan ana buku yg sgt istimewa ini...

~*wanita solehah*~


Myspace Message Generators

Sunday, September 6, 2009

.::.warkah buat sahabat.::.


Myspace Lover Letter

.::.maafkan diri ini duhai sahabat kerana terlupa akan perasaanmu.::.


Dalam dunia ini kita tidak mempunyai sesiapa pun
kecuali diri kita sendiri
tetapi
dalam kita bersendirian
kita masih beruntung
kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita
sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat
begitulah juga dirinya
"tetapi kita sering terlupa akan hal itu"
dia mengambil berat tentang harapan dan perasaan kita
kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya
kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya
bagi kita
"itu alasannya untuk menutup kesalahan dan membela diri"
kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati
kita beri beribu alasan
memaksa dia menerima setiap alasan kita
"waktu itu...terfikirkah kita akan perasaannya.....???"
seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa
tetapi
kita sering terlupa akan hakikat itu
untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
yang selalu berada di sisi ketika kita memerlukannya
mendengar setiap luahan perasaan kita
segala rasa kecewa dan duka lara
juga setiap harapan dan impian yang dapat dikongsi bersama
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah
selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita
sehingga
kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita
yang ingin dikongsi bersama kita
pernahkah kita memberinya peluang
untuk menceritakan tentang kebimbangannya,
keresahan di hatinya??
pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia melakukannya
pada kita??
ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya
mampukah kita menjadi sumber kekuatan baginya
sepertimana dia meniup semangat setiap kali
kita rasa kecewa dan menyerah kalah
dapatkah kita meyakinkannya yang kita boleh dipercayai
kita boleh dijadikan tempat untuk dia bersandar
di saat dia terasa lemah, agar dia tidak rebah
bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapannya
sesekali jadilah sahabat yang medengar daripada yang hanya bercerita
ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan seorang sahabat
kerana dia juga seorang manusia
dia juga ada rasa takut, bimbang, sedih dan kecewa
dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat
sebagai kekuatan
jadilah kita sahabatnya itu
kita selalu melihat dia ketawa
tapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan
di sebalik senyumannya
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan
di sebalik ketenangannya
mungkin tersimpan sejuta kekalutan
kita tidak tahu semua itu
sehingga kita menjadi sahabat sepertinya
mungkin kita akan tahu
renungkanlah wahai hati...
"sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya sebuah kemesraan.
kenangi sebuah perhubungan kerana di situ terciptanya kerinduan.
dan
hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat Tuhan"