.::kEbaHagiaaN Itu daTanG KetiKa kiTa berHenTi menGeLuH TenTanG KEsULitaN-KesuLitaN YanG kiTa HadaPi daN menGucaPkaN TeriMa kasiH Atas kesuLitAN-kesuLitaN YAnG tiDak meNiMPa kiTa::.
kasih tak mudah untukku lafazkan terlalu payah untukku bicarakan tapi aku tahu ianya akan tersimpan jauh menyusuri setiap celahan impian
kasih bukan ku pinta perasaan itu hadir kerana sudah tertulis munculnyatanpa diundang membuat diri ini tak keruan menanti kasihtak kesampaian
kasih mulanya sukar untukku fahami tentang apa yang terselindung di sebalik ini namun aku terus setia menanti rupanya diri ini sudah jatuh hati pada insan yang tak mungkin aku miliki biarpun secara realiti mahupun fantasi
kasih biarlah ruangan ilham ini menjadi sandaran untuk aku meluahkan segala yang ku pendamkan
hanya tulisan yang mampu mempamerkansegenap perasaan bahawa dalam diam aku mencintaimu
aku tidak akan mengharapkan sebarang balasan doaku semoga segala impianmu tercapai dan sentiasa di dalam kebahagiaan
p/s: biar maut sahaja yg akan memadamkan api cinta yg selalu menyala dan terus menyala...
kata orang cinta itu suatu yang indah perasaan bahagia,sikap riang gembira sentiasa hadir di dalam jiwa
kata orang rindu satu keresahan ia sering hadir saat saling berjauhan
kata orang sayang satu sifat yang murni jika ditambah dengan keikhlasan sayang menyayangi satu kebahagiaan
kata orang penantian satu penyeksaan terseksanya zahir dan batin tanpa rasa belas kasihan
kata orang putus cinta bagaikan hendak gila mana tidaknya...jika seluruh kepercayaan telah diserahkan
kata orang ego itu suatu penghalang bagi mengecap kebahagiaan masing-masing tidak mahu mengalah namun diakhiri jua dengan penyesalan
kata orang perkataan maaf suatu keajaiban walaupun hanya satu perkataan ia mampu merobohkan sejuta keegoan
kata orang adat bercinta sentiasa menyayangi, memahami dan ditambah pula dengan kesetiaan tapi jika hanya sebelah pihak yang menghargainya percintaan tetap tidak berseri selamanya
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yangmenggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kitadengan tulus dan ikhlas.
kemenangan telah jadi milik kita-chayokk, Angau@hijau!!!Allahu Akbar!
erti persahabatan ini
meskipun kadangkala bicara kita sering bertentangan namun kita mengerti kita sebenarnya mencari satu kebenaran dan keberanian untuk mengenali diri ini antara jatuh dan bangunnya mereka di sisi kita
kepadamu sahabatku jangan kau rasa kehilangan andainya aku mengundur diri daripada satu pertemuan kerana mungkin perpisahan ini menjadikan kita saling mengenal erti perpisahan kejujuran dan kesetiaan
sahabat setiaku andainya suatu hari nanti penantian menjadi realiti kita bersatu mempereratkan lagi persahabatan kita pastinya kau akan gembira kepadamu sahabatku engkaulah penawar segala kelukaan aku gembira menjadi sahabatmu walaupun pertemuan tak menjanjikan kekalnya persahabatan engkau tetap hidup di hatiku untuk selamanya...