kasih
tak mudah untukku lafazkan
terlalu payah untukku bicarakan
tapi
aku tahu ianya akan tersimpan
jauh menyusuri
setiap celahan impian
kasih
bukan ku pinta
perasaan itu hadir
kerana sudah tertulis
munculnya tanpa diundang
membuat diri ini tak keruan
menanti kasih tak kesampaian
kasih
mulanya sukar untukku fahami
tentang apa yang terselindung
di sebalik ini
namun
aku terus setia menanti
rupanya diri ini sudah jatuh hati
pada insan
yang tak mungkin aku miliki
biarpun secara realiti
mahupun fantasi
kasih
biarlah ruangan ilham ini
menjadi sandaran
untuk aku meluahkan
segala yang ku pendamkan
hanya tulisan yang mampu
mempamerkan segenap perasaan
bahawa dalam diam
aku mencintaimu
aku tidak akan mengharapkan sebarang balasan
doaku semoga segala impianmu tercapai
dan sentiasa di dalam kebahagiaan
tak mudah untukku lafazkan
terlalu payah untukku bicarakan
tapi
aku tahu ianya akan tersimpan
jauh menyusuri
setiap celahan impian
kasih
bukan ku pinta
perasaan itu hadir
kerana sudah tertulis
munculnya tanpa diundang
membuat diri ini tak keruan
menanti kasih tak kesampaian
kasih
mulanya sukar untukku fahami
tentang apa yang terselindung
di sebalik ini
namun
aku terus setia menanti
rupanya diri ini sudah jatuh hati
pada insan
yang tak mungkin aku miliki
biarpun secara realiti
mahupun fantasi
kasih
biarlah ruangan ilham ini
menjadi sandaran
untuk aku meluahkan
segala yang ku pendamkan
hanya tulisan yang mampu
mempamerkan segenap perasaan
bahawa dalam diam
aku mencintaimu
aku tidak akan mengharapkan sebarang balasan
doaku semoga segala impianmu tercapai
dan sentiasa di dalam kebahagiaan
p/s: biar maut sahaja yg akan memadamkan api cinta yg selalu menyala dan terus menyala...
"tafsirkan dunia yang mendiam dalam hati"
No comments:
Post a Comment