.::kEbaHagiaaN Itu daTanG KetiKa kiTa berHenTi menGeLuH TenTanG KEsULitaN-KesuLitaN YanG kiTa HadaPi daN menGucaPkaN TeriMa kasiH Atas kesuLitAN-kesuLitaN YAnG tiDak meNiMPa kiTa::.
kasih tak mudah untukku lafazkan terlalu payah untukku bicarakan tapi aku tahu ianya akan tersimpan jauh menyusuri setiap celahan impian
kasih bukan ku pinta perasaan itu hadir kerana sudah tertulis munculnyatanpa diundang membuat diri ini tak keruan menanti kasihtak kesampaian
kasih mulanya sukar untukku fahami tentang apa yang terselindung di sebalik ini namun aku terus setia menanti rupanya diri ini sudah jatuh hati pada insan yang tak mungkin aku miliki biarpun secara realiti mahupun fantasi
kasih biarlah ruangan ilham ini menjadi sandaran untuk aku meluahkan segala yang ku pendamkan
hanya tulisan yang mampu mempamerkansegenap perasaan bahawa dalam diam aku mencintaimu
aku tidak akan mengharapkan sebarang balasan doaku semoga segala impianmu tercapai dan sentiasa di dalam kebahagiaan
p/s: biar maut sahaja yg akan memadamkan api cinta yg selalu menyala dan terus menyala...
kata orang cinta itu suatu yang indah perasaan bahagia,sikap riang gembira sentiasa hadir di dalam jiwa
kata orang rindu satu keresahan ia sering hadir saat saling berjauhan
kata orang sayang satu sifat yang murni jika ditambah dengan keikhlasan sayang menyayangi satu kebahagiaan
kata orang penantian satu penyeksaan terseksanya zahir dan batin tanpa rasa belas kasihan
kata orang putus cinta bagaikan hendak gila mana tidaknya...jika seluruh kepercayaan telah diserahkan
kata orang ego itu suatu penghalang bagi mengecap kebahagiaan masing-masing tidak mahu mengalah namun diakhiri jua dengan penyesalan
kata orang perkataan maaf suatu keajaiban walaupun hanya satu perkataan ia mampu merobohkan sejuta keegoan
kata orang adat bercinta sentiasa menyayangi, memahami dan ditambah pula dengan kesetiaan tapi jika hanya sebelah pihak yang menghargainya percintaan tetap tidak berseri selamanya
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yangmenggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kitadengan tulus dan ikhlas.
kemenangan telah jadi milik kita-chayokk, Angau@hijau!!!Allahu Akbar!
erti persahabatan ini
meskipun kadangkala bicara kita sering bertentangan namun kita mengerti kita sebenarnya mencari satu kebenaran dan keberanian untuk mengenali diri ini antara jatuh dan bangunnya mereka di sisi kita
kepadamu sahabatku jangan kau rasa kehilangan andainya aku mengundur diri daripada satu pertemuan kerana mungkin perpisahan ini menjadikan kita saling mengenal erti perpisahan kejujuran dan kesetiaan
sahabat setiaku andainya suatu hari nanti penantian menjadi realiti kita bersatu mempereratkan lagi persahabatan kita pastinya kau akan gembira kepadamu sahabatku engkaulah penawar segala kelukaan aku gembira menjadi sahabatmu walaupun pertemuan tak menjanjikan kekalnya persahabatan engkau tetap hidup di hatiku untuk selamanya...
...mencari seorang sahabat sejati bagai mencari biji benih di dalam timbunan semak, berduri dan menyakitkan...bersedialah untuk dilukai, jangan mengeluh untuk terus mencari...andai sudah ditemui, bajailah ia dengan sepenuh hati agar tumbuhnya nanti berakar dan dahannya menjulang utuh membuahkan untaian ukhwah fillah yang kekal abadi...
teman-teman seperjuangan
pose sebelum sesi fotografi
kak ton, kak pah, kak sima, ana
kump tutorial TLC5 SARJANA MUDA FIQH DAN FATWA 2006-2009 a.hafiz,a.zul,k.zack,k.ain,k.min,k.nurul,ummi,dayah,k.alin,k.asiah,k.yana,k.nani,k.radin,a.helmi,a.hairi k.ton,k.sima,jiha,atiem,k.ct,k.ma,k.min,k.mar,k.masyi,k.yati,k.fizah,k.faini
generasi pertama kumpulan elektif falak syari'e usim mud,atie,a.lan,pian,a.atoi,a.maizul,daus,a.shidi,a.hafiz,k.min,k.zack jiha,k.nurul,k.eton,k.pae,k.mah,k.shima,k.faini,k.ct,k.fizah
When you feel all alone in this world And there’s nobody to count your tears Just remember no matter where you are Allah knows, Allah knows.
When you’re carrying a monster load And you wonder how far you can go With every step on that road you take Allah knows, Allah knows.
No matter what, inside or out There’s one thing of which there’s no doubt Allah knows, Allah knows.
And whatever lies in the heavens and the Earth Every star in this whole universe Allah knows, Allah knows.
When you find that special someone Feel your whole life has barely begun You can walk on the moon shout it to everyone Allah knows, Allah knows.
When you gaze with love in your eyes Catch your glimpse of paradise And you see your child take the first breath of life Allah knows, Allah knows.
When you lose someone close to your heart See your whole world fall apart And you try to go on but it seems so hard Allah knows, Allah knows.
See we all have a path to choose Through the valleys and hills we go With the ups and the downs never fret never frown Allah knows, Allah knows.
Every grain of sands in every desert plants He knows… Every sheet of palm, every closed hand He knows… Every sparkling tear on every eye lash He knows… Every thought I had and every word I share He knows… Allah know
ana fikir tentu ramai yang ingat dengan lagu sebuah Kumpulan Nasyid terkenal tanah air kita, Rabbani yang pernah menyanyikan lagu ini. “Antara Cita-cita dan Cinta.”
Itulah yang sedang ligat bermain dalam fikiran ana dalam lingkaran waktu sekarang ini.
Setiap insan pasti ada cita-cita yang diimpikan dan dihajati. Pelbagai usaha dicorak dan langkah diambil untuk merealisasikannya. Ia memainkan peranan yang sangat optimum bagi membentuk titian hidup kita. Ke arah mana kita akan tuju. Cita-cita juga menjadikan seseorang itu berjiwa besar. Sanggup menempuh apa sahaja halangan yang ditemui untuk merealisasikannya.
Namun, antara sedar atau pun tidak. Cita-cita itu mungkin akan sedikit mengambil tempoh yang lama untuk dicapai lantaran cinta yang terlalu mendalam akan sesuatu. Cinta pada keadilan. Cinta pada kesejahteraan. Cinta pada agama. Cinta pada Allah, Pencipta sekalian makhluk. Cinta yang lahir dalam jiwa dari kefahaman yang ditanam dalam benak fikiran dan kesedaran dihati. Cinta yang sejati dengan perjuangan Islam. Semua itu lagi besar matlamat dan kepentingannya dari cita-cita yang diidamkan.
Cita-cita perlu dialih dan diletakkan sekejap ditepi bagi memberi laluan pada cinta yang Hakiki. Cita-cita yang bermatlamat tinggi akhirnya tumpas oleh kepasrahan hati yang tunduk kepada Rabbul Izzati. Hanya jiwa yang kenal erti kerelaan dan kepasrahan sanggup berhadapan dengan Cinta ini. Bagaikan daya tarikan magnet yang berjumpa dengan kutub yang berlainan. Dicantum rapat apabila bertemu.
Ya Allah. Hamba berserah padamu. Hamba mengerti dan hamba berharap akan ada penghujung yang lebih baik bagi hamba suatu masa nanti. Amin..
بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
:: Cita-cita Yang Menggunung Tinggi Tewas Juga Pada Cinta Yang Mendalam Pada Ilahi..::
pagi ni ana masih berpeluang untuk menghirup udara segar dan melihat pelbagai ragam manusia yg sibuk menguruskan hal2 dan tuntutan duniawi masing2...ada yg masih terlena di buai mimpi2 indah, ada yg sedang menjemur pakaian, tak kurang juga bunyi kenderaan yg lalu lalang di depan apartment camelia court ni...tapi, ada sesuatu yg ana rasa kurang pagi ni, tak pula ana dengar tangisan anak kecil yg selalu aje menerjah gegendang telinga di setiap pg...ke mana anak tu?? ermm..mungkin masih nyenyak tidur di rumahnya atau mungkin ia dibawa pulangke kampung bercuti bersama keluarga...biarkanlah..asalkan mereka bahagia...
sebut tentang bahagia ni...entri kali ini bukan untuk memberi tazkirah atau kuliah pagi...tapi, sekadar berkongsi sikit pengalaman dan muhasabah pada diri sendiri...semalam, terjadilah 1 peristiwa yg ana rasa ia sedikit memalukan tapi bila dikenangkan semula, ia 1 pengalaman buat ana...boleh tergelak sendiri bila teringatkan kisah semalam...
malam kelmarin, gara2 minum biocafe, mata yang sepatutnya berehat tak dapat lelap sepanjang malam...pukul 4.30pg, nak tak nak ana cuba juga rehatkan mata...alhamdulillah dapat juga lelap sekejap...pukul 5.30pg, dah kena bersiap pula untuk ke SMK Dato' Mohd Said,Nilai...pukul 8pg peperiksaan bertulis pun bermula...dimulakan dengan paper 800/3-Reading...mula2 rasa ok je...tp bila dah masuk artikel ke-3, mata dah mula nampak bintang2....macamana ni??ada lagi 3 artikel nak dijawab...tapi mata ni tetap tak nak mengalah, ana teruskan juga menjawab dan akhirnya siap juga 45soalan dalam masa 1jam 30minit...
untuk ke paper 800/4-Writing, kami diberi masa setengah jam sebelum masuk ke dewan peperiksaan semula...duduk sorang2 kat tepi dewan, mula menghafal ayat2 penyambung untuk menjawab essay...tapi, mata mengantuk, hati mula risau, macamana kalau mengantuk masa buat essay nanti...alhamdulillah, bila buka je kertas soalan hilang semua rasa mengantuk dan rasa teruja juga nak menjawab...bukan sebab soalan tu senang...tapi berkat tak tidur malam tadi, ana terbaca tentang isu yang dikeluarkan dalam soalan...apa lagi, masa tu hanya Tuhan yg tahu betapa bahagianya hati...tangan terus menulis, dan akhirnya siap juga 2 essay...
paper yang akhir sekali 800/2- Listening...masa menjawab cuma 30 min...mula2 takut juga sebab sebelum ni markah yg paling rendah dalam MUET ana adalah listening...kadang2 tak sempat nak faham apa yg mereka cakap, tapi semalam alhamdulillah, soalan agak mudah.. dan akhirnya tamatlah peperiksaan...
masa dalam perjalanan balik ni lah berlaku pengalaman yang agak lucu bila dikenangkan...entah macamana ana boleh terlelap dalam bas....padahal perjalanan dari SMK Dato' Said ke hostel tak sampai setengah jam pun...agaknya mengantuk yang malam tadi tak habis lagi kot... tengah duk terlelap tu, tiba2 terjaga bas dah menghala ke hostel ikhwah di sutera indah..tengok2 tinggal ana sorang je dalam bas..apa lagi, kelam kabut juga semalam....yelah, tak pernah2 jadi macam ni...ana minta pakcik turunkan ana di nilai square...nasib baik pakcik tak kisah...tapi, pakcik cakap muka ana macam orang yg banyak sgt fikir...pakcik pesan juga jaga kesihatan dan jangan fikir sesuatu yg menyusahkan diri..
pakcik tu dah macam ahli nujum dah boleh tilik muka ana...hik3...sampai di nilai square ana cari jalan nak balik semula ke hostel akhwat...lama jugalah duduk di situ, tunggu bas nak balik...tapi bas tak de....telefon kawan, tak berjawab...mungkin masih di dewan exam...last2 cik arin baik hati nak tolong hantarkan...alhamdulillah...masa dalam kereta cik arin pun, cik arin cakap muka ana macam orang banyak fikir...ha'ah, yelah..fikirkan exam pagi tadi...
tapi, cik arin cakap ana tipu pula...cik arin cakap ada perkara lain dalam fikiran ana...wahh..semalam ramai pula astrologer yg ana jumpa....apa2 pun terima kasih lah ya utk pakcik dan cik arin yg bantu ana semalam...jasa kalian insyaAllah akan dibalas oleh Tuhan...
inilah lumrah hidup kita seharian...kadang2 pengalaman menjadikan kita lebih berhati2 dalam meniti arus kehidupan....yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kekurangan ana sendiri...
kita selalu saja bermegah2 apabila ditanya tentang dunia...adakalanya kita merasa rendah diri serta terhina apabila tidak punya sesuatu yg dipunyai oleh orang lain... semuanya tentang dunia...harta dunia...tetapi, apabila ditanya tentang harta akhirat, kita selalu saja berselindung...kononnya rahsia...tapi Allah Maha Mengetahui segalanya... jujur??? ikhlas??? atau bagaimana...kadangkala kita nampak seolah2 seseorang itu jujur dalam agamanya...hakikatnya tersembunyi 1001 kelemahan di dalam ibadatnya...
susuk tubuh seseorang itu akan menterjemahkan segala kelemahannya dalam menunaikan perintah agama dan tunduk serta patuh kepada Allah s.w.t... seorang cendekiawan pernah berkata: "barangsiapa yang mendakwa 3 perkara akan tetapi dia tidak bebas daripada 3 perkara, maka dia seorang yang menipu dan tertipu"...
1. mendakwa dia merasai kemanisan menyebut nama Allah walhal dia masih mencintai dunia
2.mendakwa sudah benar2 ikhlas walhal dia masih mengharapkan pujian manusia
3.mendakwa cintakan Allah tetapi tidak melakukan sebarang pengorbanan.
dunia yang kita miliki saat ini adalah 1 ruang yg amat sempit dan hanya bersifat sementara... Segala isinya pula adalah permainan yang melekakan dan pasti akan binasa seperti kita melihat permainan yang dimusnahkan dan ditinggalkan oleh anak-anak kita... Namun beberapa ramai yang sedar hakikat ini???adakah kita turut menyedarinya??? Kita terus terpedaya dan dilalaikan dengan perkara yang tidak memberi faedah kepada kita.
Ya Allah! Kurniakan taubat sebelum kematian kami, dan sedarkanlah kami daripada kelalaian ini dan jadikan kami orang yang mendapat syafaat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. amin
SALAMULLAHI ALAIK... sahabat2 sekalian...ada cerita baru kali ini...mungkin dapat dikongsi bersama... kisah pertanyaan Imam Ghazali..
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua Murid 2: Guru Murid 3: Teman Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI!! Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina Murid 2: Bulan Murid 3: Matahari Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU!! Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung Murid 2: Matahari Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179)!! Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
IMAM GHAZALI: Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja Murid 2: Besi Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 )!! Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas Murid 2: Angin Murid 3: Debu Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT!! Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang!
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA!! Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Duhai Hati.. Tak terlihat beban yangg ditanggung Rintihan yang lama terhimpun Tak terserlah duka yang menggunung Rindukan kasih yang terlindung Mengalir air mata dipipinya Luahan suara keresahan dijiwa Tiada lagi daya menahannya Akhirnya tangisan bergema
Redup mata bagai berbicara Cerita hati yang terluka Dan kupinta semua cahaya Menyuluh laluan damainya Setia dinantikan semilir yang mendesir Moga membawa khabar senyuman di bibir Namun benarlah penantian itu Hanyalah melahirkan perindu
Kembali dialunkan harapan kasihnya Didendangkan irama semurni jiwanya
Duhai hati tenanglah dikau... Usah diturut kehampaan Tika mimpi hanyalah igau Tak menjelma kenyataan
Kisah ini, tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid .dia ada tali yang dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk tukar baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk menukar baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab, "
Aku adalah syaitan." Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab, "Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun". Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun.
Sebab itu aku menolongmu. Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau,.. itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal.... Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat." Muhasabahlah diri sendiri (diri ana) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
inilah yg sering terzahir dari sekeping hati yg terlalu sesak menanggung segala macam persoalan... persoalan yg tiada jawapannya... betul ke takde jawapan??? atau hati itu sendiri yang malas dan berasa tak mampu utk bangun dan meneruskan perjalanannya dalam mencari jawapan bagi setiap persoalan yang menyesak di dadanya...
*********************************
apa pula kali ini???
itulah suara hati yang merasakan tidak sanggup utk menghadapi segala dugaan yg bakal menghampirinya... sedangkan hati itu tahu bahawa sang pencipta takkan menguji hambaNya dengan ujian yg tak tertanggung oleh mereka...
********************************
kenapa mesti aku???
layakkah hati itu bertanyakan soalan yg seperti ini??kenapa tak dikenang segala kesenangan yg pernah diberikan padanya...baru diuji sedikit, sudah bersedih dan menyalahkan sang pencipta...
********************************
insaflah hati....
dugaan itu hanya sementara agar kau tidak leka dengan kemewahan dunia...tidak dibiarkan kau hanya sibuk dengan hal2 duniawimu...itu tandanya kasih sayang sang pencipta masih ada utkmu...
"innallaha ma'as sobirin" wa "innallaha ma'al muttaqin"
di sini ada sedikit penghargaan buat sahabat2 blogger... kpd yg pernah memberi tp tak sempat mengambil atau membalasnya ana minta maaf banyak2... jgn risau shbt, ana akan ambil nanti...
***************************
utk award yg pertama ana tujukan pd shbt2 blogger yg byk memberi tunjuk ajar dan blog shbt2 yg penuh dengan gudang2 ilmu yg telah byk memandu dlm kembara sebuah perjalanan..
adakah benar hitam lumpur itu rendah harganya? dan apakah sungguh marak api itu tinggi harganya? sedangkan kisah perjalanan lumpur ituadalah kisah perjalanan insan dan kisah perjalanan api ituadalah kisah perjalanan yang menyesatkan lumpur itulah yang dibentuk menjadi manusia dihembuskan ruh dan nyawa dinamakan Adam dikurniakan Hawa ditinggikan darjat berbanding malaikat dan api itulah si penderhaka yang enggan sujud pada titah pencipta lantas terlaknat dijauhkan dari segala rahmat dijanjikan Jahannam sebagai ganjaran
maaf ya fatin lama sangat biar award ni...sbnrnya kite tak tau apa nak dibuat dgn award ni... hu3...almaklumlah..kami budak baru belajar...
alaa kulli hal, syukran ya
********************************
beberapa fakta yg ana tahu tentang pemberi award...maaf kalau salah..hu3...
~seorang pelajar jurusan pendidikan di UKM ~x-student SMKAS Segamat ~mempunyai pemikiran yg kreatif ~nampak mcm pendiam tp kalau dah jumpe baru knl siapa dia..hik3 ~sopan dan tenang dalam byk perkara ~sahabat yg baik ~shbt yg boleh dipercayai ~seorang yg happy go lucky ~insyaAllah bakal menjadi seorang guru 1 hr nanti
************************************
beberapa fakta tentang ana...apa ye??mcm tak de yg menarik je...hu3..
~masih menuntut di uni. sains islam malaysia ~pelajar tahun akhir s.muda fiqh & fatwa ~x-student SMAKJ & Maahad Johor ~berumur 22tahun ~masih mencari erti dan tujuan kehidupan yg sebenar ~anak sulung drpd 5 beradik ~anak jati johor darul ta'zim
tu je la kot...khas buat fatin, tunggu ya award dari kite...hu3...
malam ni entah kenapa hati ingin meluahkan semua yg terbeban di kepala dan menyesakkan dada...tapi tak tau dari mana nak di mula...ya Tuhan, berilah hamba ilham utk mencoretkan sesuatu...
ermmm....
"cinta"
apa itu cinta??
ada apa dengan cinta??
apakah benar cinta itu buta???
ataupun orang yg bercinta itu sebenarnya yg buta dalam menilai erti sebuah cinta???
cinta... kenapa ia sering hadir ke dalam hati manusia...jika ia dikatakan sesuatu yg indah, kenapa sering saja manusia hancur kerananya??? berdosakah manusia kerana jatuh cinta??berdosakan manusia kerana meluahkan apa yg dirasakannya???
ya Rabbi, telah Kau ciptakan manusia itu berpasangan lelaki dan perempuan...maka berilah petunjuk kepada hamba agar hamba tidak tersesat dalam mencari keindahan sebuah cinta...dan janganlah Kau jadikan hati hamba cenderung utk mencintai sesuatu yg bukan milik hamba...peliharalah hati hamba dalam mencintai makhlukMu ya Rabbi agar tidak melebihi cinta hamba padaMu...
ya Rabbi, sesungguhnya hamba meminta petunjuk yg baik dariMu dengan ilmuMu, hamba meminta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu, hamba meminta kelebihan dariMu dengan kelebihanMu yg banyak...
sesungguhnya Kau yg Maha Berkuasa, hamba tidak berkuasa, Kau yg Maha Mengetahui akan perkara2 ghaib, yg telah berlaku dan yg bakal berlaku, Kau yg menetapkan segala sesuatu...
ya Rabbi, jika Kau mengetahui bahawa ini yg terbaik bagi hamba, agama hamba, dunia hamba, dan kesudahan urusan hamba masa kini dan masa akan datang, maka tentukanlah ia utk hamba, permudahkan ia kpd hamba dan dekatkanlah hamba kpdnya dengan segala keberkatanMu...
jika Kau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik bagi hamba, agama hamba, dunia hamba, dan kesudahan urusan hamba masa kini dan masa akan datang, maka elakkanlah ia dari hamba, dan elakkanlah hamba darinya...
tentukanlah kebaikan utk hamba di mana sahaja hamba berada...sesungguhnya Kau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu....amin ya Rabb...
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.
Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati
my dear friends, dalam kesibukan kerja...kengkadang kita terlupa.....
Hanya Ingin Mengingatkan ... Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ... 1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
.................................................................................................................... Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ..... 1. Duniaitu racun,zuhuditu ubatnya. 2. Hartaitu racun,zakat itu ubatnya. 3. Perkataan yang sia-siaitu racun,zikiritu ubatnya. 4. Seluruh umuritu racun,taat itu ubatnya. 5. Seluruh tahunitu racun,Ramadhan itu ubatnya. (Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)
......................................................................................... Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBATadalah SEDIKIT MAKAN. 2. Ibu dari segalaADAB adalahSEDIKIT BERBICARA. 3. Ibu dari segala IBADATadalah TAKUT BUAT DOSA. 4. Ibu dari segalaCITA CITAadalahSABAR. "Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran".
Beberapa kata renungan dari Qur ' an : Orang Yang Tidak Melakukan Solat: Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya Wassalam.