masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: .::.kepasrahanku padaMu.::.
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Sunday, November 15, 2009

.::.kepasrahanku padaMu.::.






ana fikir tentu ramai yang ingat dengan lagu sebuah Kumpulan Nasyid terkenal tanah air kita, Rabbani yang pernah menyanyikan lagu ini. “Antara Cita-cita dan Cinta.”









Itulah yang sedang ligat bermain dalam fikiran ana dalam lingkaran waktu sekarang ini.


Setiap insan pasti ada cita-cita yang diimpikan dan dihajati. Pelbagai usaha dicorak dan langkah diambil untuk merealisasikannya. Ia memainkan peranan yang sangat optimum bagi membentuk titian hidup kita. Ke arah mana kita akan tuju. Cita-cita juga menjadikan seseorang itu berjiwa besar. Sanggup menempuh apa sahaja halangan yang ditemui untuk merealisasikannya.

Namun, antara sedar atau pun tidak. Cita-cita itu mungkin akan sedikit mengambil tempoh yang lama untuk dicapai lantaran cinta yang terlalu mendalam akan sesuatu. Cinta pada keadilan. Cinta pada kesejahteraan. Cinta pada agama. Cinta pada Allah, Pencipta sekalian makhluk. Cinta yang lahir dalam jiwa dari kefahaman yang ditanam dalam benak fikiran dan kesedaran dihati. Cinta yang sejati dengan perjuangan Islam. Semua itu lagi besar matlamat dan kepentingannya dari cita-cita yang diidamkan.

Cita-cita perlu dialih dan diletakkan sekejap ditepi bagi memberi laluan pada cinta yang Hakiki. Cita-cita yang bermatlamat tinggi akhirnya tumpas oleh kepasrahan hati yang tunduk kepada Rabbul Izzati. Hanya jiwa yang kenal erti kerelaan dan kepasrahan sanggup berhadapan dengan Cinta ini. Bagaikan daya tarikan magnet yang berjumpa dengan kutub yang berlainan. Dicantum rapat apabila bertemu.

Ya Allah. Hamba berserah padamu. Hamba mengerti dan hamba berharap akan ada penghujung yang lebih baik bagi hamba suatu masa nanti. Amin..

بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

:: Cita-cita Yang Menggunung Tinggi Tewas Juga Pada Cinta Yang Mendalam Pada Ilahi..::

No comments: