masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: .::.pintaku padamu ya Rabb.::.
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Saturday, October 17, 2009

.::.pintaku padamu ya Rabb.::.

bismillahirrahmanirrahim...



malam ni entah kenapa hati ingin meluahkan semua yg terbeban di kepala dan menyesakkan dada...tapi tak tau dari mana nak di mula...ya Tuhan, berilah hamba ilham utk mencoretkan sesuatu...

ermmm....


"cinta"

apa itu cinta??

ada apa dengan cinta??

apakah benar cinta itu buta???

ataupun orang yg bercinta itu sebenarnya yg buta dalam menilai erti sebuah cinta???



cinta...
kenapa ia sering hadir ke dalam hati manusia...jika ia dikatakan sesuatu yg indah, kenapa sering saja manusia hancur kerananya??? berdosakah manusia kerana jatuh cinta??berdosakan manusia kerana meluahkan apa yg dirasakannya???

ya Rabbi, telah Kau ciptakan manusia itu berpasangan lelaki dan perempuan...maka berilah petunjuk kepada hamba agar hamba tidak tersesat dalam mencari keindahan sebuah cinta...dan janganlah Kau jadikan hati hamba cenderung utk mencintai sesuatu yg bukan milik hamba...peliharalah hati hamba dalam mencintai makhlukMu ya Rabbi agar tidak melebihi cinta hamba padaMu...




ya Rabbi, sesungguhnya hamba meminta petunjuk yg baik dariMu dengan ilmuMu, hamba meminta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu, hamba meminta kelebihan dariMu dengan kelebihanMu yg banyak...

sesungguhnya Kau yg Maha Berkuasa, hamba tidak berkuasa, Kau yg Maha Mengetahui akan perkara2 ghaib, yg telah berlaku dan yg bakal berlaku, Kau yg menetapkan segala sesuatu...

ya Rabbi, jika Kau mengetahui bahawa ini yg terbaik bagi hamba, agama hamba, dunia hamba, dan kesudahan urusan hamba masa kini dan masa akan datang, maka tentukanlah ia utk hamba, permudahkan ia kpd hamba dan dekatkanlah hamba kpdnya dengan segala keberkatanMu...

jika Kau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik bagi hamba, agama hamba, dunia hamba, dan kesudahan urusan hamba masa kini dan masa akan datang, maka elakkanlah ia dari hamba, dan elakkanlah hamba darinya...

tentukanlah kebaikan utk hamba di mana sahaja hamba berada...sesungguhnya Kau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu....amin ya Rabb...

wallahu a'lam bis sawwab...

No comments: