adakah benar hitam lumpur itu rendah harganya?
dan
apakah sungguh marak api itu tinggi harganya?
sedangkan
kisah perjalanan lumpur itu adalah kisah perjalanan insan
dan
kisah perjalanan api itu adalah kisah perjalanan yang menyesatkan
lumpur itulah
yang dibentuk menjadi manusia
dihembuskan ruh dan nyawa
dinamakan Adam
dikurniakan Hawa
ditinggikan darjat
berbanding malaikat
dan
api itulah si penderhaka
yang enggan sujud pada titah pencipta
lantas terlaknat
dijauhkan dari segala rahmat
dijanjikan Jahannam sebagai ganjaran

No comments:
Post a Comment