masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Monday, September 28, 2009

.::.munajat kepada Allah.::.

buat sahabat2....

marilah...

angkat tanganmu kpd Allah..hulurkan tanganmu kpd Allah..bersama kita bermunajat, memohon kepadaNya...


الحمدلله رب العالمين والعاقبة للمتقين
ولا عدوان إلا على الظالمين
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
وآله وصحبه ومن والآه

ya Allah, kami bersyukur kpd-Mu ya Allah, atas nikmat yg Kau berikan kpd kami.betapa bahagianya kami dengan nikmat Islam dan Iman ini ya Allah. maka kami pohonkan- wahai Tuhan, jangan Kau cabut Iman itu dari hati kami ya Allah. jangan Kau hilangkan hidayah itu daripada hati kami ya Allah..


ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب

ya Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami setelah ia Kau berikan petunjuk. berikanlah kami rahmat-Mu ya Allah, kasih sayang-Mu Ya Allah...
(
Aali Imran 3:8)


ya Allah ya Tuhan kami, kami sedar dan insaf, sebagai hamba yg lemah, kami sering gagal dengan ujian keimanan. kami sering menyalahkan takdir-Mu ya Allah. malah kami pernah menuduh bahawa Kau tidak berlaku adil kpd kami ya Allah, akibat musibah yg melanda kami. kami sedar ya Allah, betapa kerdilnya hati ini, betapa kecilnya jiwa ini, hingga dengan ujian sekecil itu pun kami telah merasakan bahawa Kau telah membiarkan kami sendirian.

ya Allah, kami sedar dan insaf bahawa Kau tidak pernah membiarkan kami hidup bersendirian, kerana kami sedar ya Allah, tanpa Mu kami tidak akan wujud di dunia ini. tanpa Mu kami tidak akan bakal memperolehi segala apa yg kami miliki hari ini ya Allah. masukkanlah rasa syukur dalam hati kami ya Allah. masukkanlah rasa Iman+taqwa di hati kami ya Allah.

ya Allah ya Tuhan kami, tabahkanlah hati kami menghadapi segala ujian. masukkanlah keyakinan di hati ini bahawa setiap ujian yg Kau berikan itu ya Allah adalah untuk mengangkat martabat kami. tidak sekali-kali untuk menghina kami ya Allah. ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami hamba-Mu yg sabar. jadikanlah kami hamba-Mu yg bersyukur. jadikanlah kami hamba yg redha kepada-Mu ya Allah. agar kami termasuk dalam golongan orang-orang yg redha dan Kau redhai.

ya Allah, sempurnakanlah keluarga kami, sempurnakanlah Islam kami, sempurnakanlah akhlak kami. janganlah Kau jadikan keluarga kami musibah untuk kami ya Allah. kalau pun Kau ingin uji kami dengan mereka, ujilah kami dengan sesuatu yg dapat kami tanggung ya Allah...


ربنا ولا تحملنا ما لا طا قة لنا به

"
jangan Kau bebankan kami dengan sesuatu yg kami tidak tertanggungnya Ya Allah"
(al- baqarah 2:286)

ya Allah ya Tuhan kami, luaskanlah rezeki kami, lapangkanlah dada kami, mudahkanlah urusan kami, sembuhkanlah penyakit kami. ya Allah, mudahkanlah urusan dunia akhirat kami.


ربنا عليك توكلنا وإليك أنبنا وإليك المصير

والله أعلم

Saturday, September 26, 2009

.::.BERSOLAT, DOA BOLEH ATASI MASALAH TEKANAN.::.

Apabila berdepan dgn masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yg tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui:

· Bersabar dengan segala yg menimpa. ”wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yg menimpamu. Sesungguhnya yg demikian itu adalah daripada perkara yg dikehendaki melakukannya.”

( Luqman:17 ).

· Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yg akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yg bermaksud: ”patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dgn hanya berkata: kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yg terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yg diketahui Allah mengenai orang yg sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yg diketahui-Nya tentang orang yg berdusta.” (al-Ankabuut: 2-3).

· Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat menggugurkan dosa. Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: ”tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yg menggugurkan daun-daunnya.” (hadis riwayat al-Bukhari).

· Kesulitan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah. ” orang yg apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepadaNya lah kami kembali.” (al-Baqarah:156).

· Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia mmbezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.

· Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: ”sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan kepadanya cubaan.” (hadis riwayat al-Bukhari).

· Ingatlah masalah dan kesulitan yg kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yg dihadapi oleh orang lain.

· Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, Cuma bezanya kecil atau besar masalah yg dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yg lebih berpengalaman utk dikongsi bersama.

Thursday, September 17, 2009

.::.diari syawal 2009.::.

assalammualaikum kpd rakan2 blog yg dihormati...diharapkan kalian sudah mulai terasa suasana kemeriahan hari raya yg bakal menjelang 3hari lagi...pastinya kalian sudah bersedia dengan pakaian2,kuih-muih dan segala persiapan bg memeriahkan kedatangan syawal kali ini...

ketika ana menulis post ni ana dalam perjalanan pulang ke kampung...bersama maahirah, ilyani dan dalila...duduk dalam kereta masing-masing menyepi melayan perasaan...mungkin sedang memikirkan kemeriahan yg bakal disambut di pagi syawal nanti...atau mungkin sudah tidak sabar-sabar utk bertemu ayah dan ibu masing-masing....bergotong-royong saling membantu bersama ahli keluarga membersihkan kawasan rumah...

wahh..pasti meriah raya kali ini bagi mereka...ana juga harap begitu...sememangnya tahun 2009 ni telah banyak menguji kesabaran dan keimanan ana dan keluarga sebagai hamba Nya...bermula dari 3 Jan 2009 ketika abah dimasukkan ke wad selama sebulan kerana blocked blood dalam perutnya...selama sebulan mama jaga abah tanpa mengeluh sedikit pun...

tidak sampai beberapa minggu abah keluar hospital, tanggal 14 Feb 2009, sekali lagi kami sekeluarga diuji dengan dugaan yg Maha Hebat bg kami apabila adik ana arrif pula mengalami kemalangan jalanraya dan koma selama 3minggu...masih terngiang2 dalam kepala ketika malam kemalangan itu berlaku...apabila doktor memberitahu mama agar banyakkan berdoa dan bersedia hadapi walau apapun yg berlaku...pembedahan utk mengeluarkan darah beku lewat dijalankan kerana keadaan arrif yg tidak stabil...sehingga hampir 3/4 darah beku sudah mulai menghimpit otaknya...

waktu itu hanya airmata yang menemani...buat seorang sahabat yang telah banyak bersusah payah menghantar ana ke hospital serdang dan berulang alik ke HKL hampir setiap minggu, ana ucapkan jutaan terima kasih kerana menyokong ana di saat ana terlalu lemah menghadapi ujian ini...alhamdulillah, berkat doa dan bantuan pakar2 perubatan dari hospital Serdang, HKL, dan hospital Batu Pahat...setelah hampir 3bulan, arrif beransur pulih...dan terima kasih buat mama kerana tidak pernah kenal erti penat dan jemu menjaga kami sekeluarga... ana kagum punya mama yg sangat tabah mnghadapi ujian...

diharap panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...ujian tak terhenti setakat ini...di saat arrif masih memerlukan bantuan utk menguruskan diri,sekali lagi abah dimasukkan ke hospital....kali ini kerana strok... utk sekian kalinya hospital menjadi rumah kedua mama...kesian mama...disebabkan tidak lalu makan dan tidak cukup tidur, berat badan mama turun 6kg...ana sebagai anak juga tidak dapat membantu mengurangkan beban mama...disebabkan terlalu banyak mengambil cuti kerja, cuti separuh gaji mama juga tidak dapat diluluskan...tapi mama tak pernah mengeluh...baginya keluarga lebih penting dari segalanya...

ana pernah beritahu mama, ana boleh tangguhkan pengajian di tahun akhir ni utk bantu mama jaga arrif dan abah agar mama boleh mengajar seperti biasa...tapi, mama kata.."kakak habiskan belajar..tumpukan tesis dan kuliah...jgn risau mama kat rumah..."betapa luhurnya hati seorang ibu membuatkan airmata sering mengalir setiap kali melawan atau tidak mendengar kata mama...

ana harap syawal kali ini kami dapat smbut dengan meriah seperti dulu...buat mama dan abah selamat hari raya maaf zahir dan batin dari anakmu....halalkan makan dan minum dan segala kesalahan anakmu ini...

tidak lupa juga kepada rakan2 blog yang sudi mengunjungi blog ana...salam aidilfitri buat kalian...maaf zahir dan batin...ana harap kalian dapat maafkan jika ada salah silap yang sengaja atau tidak sengaja dari ana...semoga aidilfitri kali ni memberi sejuta makna buat kita semua...

amin,,insyaAllah...

wallahu a'lam....

Wednesday, September 16, 2009

.::.salam lebaran buat teman.::.

HATI SIAPA YANG TIDAK TERHARU
APABILA ADA TEMAN
YANG SUDI MENGAMBIL TAHU
SOAL HATI DAN PERASAAN KITA
KETIKA KITA AMAT MEMERLUKANNYA

HATI SIAPA YANG TIDAK TERHARU
APABILA ADA TEMAN
YANG SUDI MEMBANTU
WALAU KITA TIDAK PERNAH MEMINTA
NAMUN DIBERIKAN JUGA

TEMAN
KAU HULUR BUDI TANPA MEMINTA BALASAN
KAU SEMAI JASA TANPA MENGIRA KEADAAN
DI ATAS SEGALA PENGORBANANMU
KU KIRIMKAN UCAPAN "THANK YOU"

RINDU YANG TERKUMPUL DI HATIKU
KU TUJUKAN KEPADA DIRIMU
AGAR KAU FAHAM ISI HATIKU
AGAR PERSAHABATAN KITA
MENJADI KALUNG HIASAN BERHARGA

INGINKU CIPTA SESUATU YANG BERMAKNA
BERDASARKAN KEMURNIAN PERSAHABATAN KITA

TEMAN
KU FAHAM SETIAP KEPUTUSAN ADA KEPERITANNYA
KU HARAP KAU MENGERTI

SELAMAT HARI LEBARAN

KU MOHON KEMAAFAN ZAHIR DAN BATIN
SEMOGA SEGALA YANG DIHAJATI
TERKABUL JUA AKHIRNYA





....buat teman yg dihormati...kad raya yg tak seberapa ini ku tujukan khas buatmu sempena kehadiran aidilfitri yang dinanti tidak lama lagi...semoga lebaran kali ini memberi sejuta makna dalam kehidupan kita...maaf di atas kelewatanku menghantar kad raya ini...

....WASSALAM....

Tuesday, September 15, 2009

.::.puasa orang miskin.::.

(cerita ini ana terima dari e-mail seorang sahabat yg kini berada di korea utk menyambung pelajarannya...ana letak dalam blog sebab ana rasa cerita ini ada tauladan yg boleh kita ambil dan kongsi bersama...syukran ya sahabat...)

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sekadar renungan....


.......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"


........ Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.


"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari...." Jawabnya.


.......Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi


"Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".


.......Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.


........Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.


.........Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit


"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".


.......... Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.


"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."


Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata.....


"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."


....Aku bertanya lagi

"Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."


......Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.


Wa'alaikumussalam wbt...