Saya masih teringat perbualan dengan seorang teman sewaktu zaman persekolahan dulu..Semasa di bilik hostel, dia bertanya ‘Bila rancang nak kahwin?’
Dengan selamba saya menjawab, “23”
“Waah...awalnya...!!”
“Hehe, tak nak kalah dengan mak.. Dulu mak kahwin umur 23 tahun juga”
“Ececehhh... Takpela.. Biasa orang baik-baik ni memang nikah awal...hehe”
“Erkkkk???”
Lama dah berlangsung perbualan di atas......(tuanya saya).. Sekarang, dah masuk 24 tahun dah pun.. Belum bernikah lagi ^_^
Maknanya, belum cukup baiklah tu. Hehe.. (Semuanya qada’ dan qadar Allah)
Memang pada pendapat saya, orang-orang yang soleh dan solehah ni memang kahwin awal-awal belaka.. Ada yang 19 tahun dah kahwin, dah beranak-pinak.. Tapi yang penting bagi saya adalah kematangan seseorang.. Sedangkan anak berumur 5 tahun pun boleh jadi lebih matang berbanding kita, apabila sejak kecil hidup dalam kesusahan..
“Habis tu, kalau kahwin lambat tu semua tak solehah ke?”
Bukan begitu.. Situasi ni sama seperti kaitan antara smoking dan COPD.. (Maaf, memang inilah perbandingan yang dapat difikirkan)..Orang yang mempunyai COPD, majoritinya adalah perokok..Namun di antara yang merokok, tidak semuanya mendapat COPD.
'Ada pulak bandingkan dengan perokok...'
Nak dikatakan kat sini, cuma ada ‘association’ kahwin awal & soleh@solehah seseorang itu.. Sebetulnya, ianya cuma perspektif manusia.. Soleh@solehahnya seseorang itu mungkin cuma boleh dijangka daripada luarannya, hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Dan kita pasti lebih mengetahui tahap keimanan kita, tinggi atau rendah; walau apapun kata manusia..
Tak semua yang menikah awal itu soleh@solehah dan tak semua yang lambat menikah itu bukan orang yang soleh@solehah.. Cuma mungkin dari segi statistik kelihatan begitu..
"Apa yang cuba disampaikan sebenarnya?"
Macam ni... Biasanya orang-orang yang mempunyai kesedaran agama, memang sangat menjaga dirinya, bimbang jika termasuk ke dalam lubang fitnah. Terutama sekali di akhir zaman, yang mana fitnah memang berleluasa, jadi jalan pernikahan itu diambil untuk menjaga agamanya.
"Daripada ‘couple’, lebih baik aku nikah"
Benarkah penyataan ini?
Sebuah hadith daripada Abdullah bin Mas`ud ra. dalam Sahih Muslim menyebutkan:
“Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Uthman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Uthman berkata kepada Abdullah:
Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah.
Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: ‘Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu.’
Berbalik kembali kepada tajuk entry kali ini.
"Orang solehah= cepat bernikah"
Sudah cukup soleh & solehahkah kita?
Sudah bersediakah?
Atas alasan apa kalian mahu menikah?
Untuk mengelakkan zina semata-mata?
Tidak semudah itu. Cukupkah bekalanmu? ‘Tiada apa yang mudah dalam soal ilmu!’ Imam Malik pernah berkata.
"Jika erti pernikahan pun belum difahami, bagaimana pula mahu menikah? Silap-silap, menganiaya anak orang pula jadinya."
Jadi, perbaikilah diri kita sebelum memasuki alam pernikahan.. Pernikahan itu adalah satu ibadah sepanjang hayat.. Jangan pernah dipandang ringan..
Dan antara sikap yang sangat dibenci oleh Allah ialah mendahulukan hawa nafsu, dan bukan wahyu dalam menjalani kehidupan.. Bila tiba ‘ritual-ritual’ agama yang perlu, barulah kita sibuk mencari ustaz, baru nak mencari agama..
Yang mana satu alat, yang mana satu matlamat?
Pernikahan itu hanyalah alat untuk mendapatkan matlamat kita iaitu keredhaan Rabb kita.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Perempuan itu dinikahi kerana empat hal, iaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Nikahilah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia.” (Muttafaq 'Alaih dan Lima ahli hadith lainnya)
Jangan keliru.. Kita bernikah bukan sebab cinta pada pasangan, lepas tu akhirnya nak dapat redha Allah atas cinta kita yang agung jadi kita pun menikah.. Takkan Allah diletakkan di tempat kedua... Luruskanlah ini terlebih dahulu.. Letakkan Allah pada tempat yang pertama.. Segala perkara dilakukan HANYA keranaNya, kerana mahu mengikuti sunnah Rasulullah saw..
Anas Ibnu Malik Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: “Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat.” (Diriwayatkan oleh Ahmad. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.)
Tapi jika sebelum bernikah kita sudah lari daripada matlamat itu sendiri (dengan melakukan perkara yang dilarangNya) bagaimana pula mahu menuju matlamat itu?
Kita mahu menikah, tapi kita belum mampu lagi..
Jadi bagi yang sudah ada taman dalam hati, renungkanlah hal ini. Suka, cinta, itu fitrah, cuma jangan pesongkan ianya sehingga menjadi fitnah.
Jika merasakan apa yang dilakukan itu salah disisiNya, mohonlah keampunanNya atas kelemahan diri, dan kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ke arah yang lebih menjaga tahdid agama kita. Berubahlah sedikit demi sedikit. Itu lebih baik bagi kita...
Fikirkanlah.
Apapun, pintu taubat terbuka luas buat hamba yang mencari keampunanNya.. Masih ada peluang utk kita kembali meniti jalan yang lurus untuk menuju Allah.
Namun sebelum tiba ke alam itu, marilah kita menjadi soleh atau solehah terlebih dahulu.
Allah Maha Mengetahui.
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Wallahu a'lam...