masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: .::kerana aku sayang kamu::.
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Friday, February 25, 2011

.::kerana aku sayang kamu::.




Aku sayang kamu..
pertama kali terpandang..
seakan ada tarikan magnet yang menarik
aku tak tahu kuasa apakah itu
tapi yang pasti kamu mampu membuat
denyut nafasku bagaikan terhenti
kehidupanku ceria selalu...
hanya kerana
ku pahat wajahmu dalam mindaku

Aku sayang kamu..
memang ku akui
aku memang sukar untuk meluahkan rasa
bahkan merona segan melakar bicara rindu
melafazkan kata-kata cinta
tapi dengan kamu segalanya ingin
aku muntahkan apa yang terpendam
agar kau mengerti..

Aku sayang kamu..
walau tanpa tanda noktah yang pasti
tanpa talian perhubungan hati
aku senang begini..
biar rasa rindu dan tertanya-tanya itu
membuat hati kita jadi dekat selalu
kerana Kuasa itu lebih mengetahui segalanya..

Aku memang sayang kamu..
namun aku lebih menyayangi diriku sendiri
kerana aku takut rasa sayang yang melampau
padamu
membuat aku melukai diriku..
dan meruntuhkan kekuatan yang kembali
ku pertahankan.
dan aku paling takut andai
tiba-tiba kamu hilang.. seperti mereka
jadi biarlah yang tersirat dan tersurat itu
ku genggam erat dalam lipatan hati
andai ada restu Ilahi
pasti kan jadi milik ku..

Kamu yang aku sayang, ku sentiasa doakan yang terbaik buat mu..

No comments: