masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: .::.keluhan hatiku.::.
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Saturday, September 12, 2009

.::.keluhan hatiku.::.

wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
kenapa hamba selalu di uji
kenapa hamba selalu saja tidak merasa redha dengan ketentuanMu
hamba sedar acapkali hamba di uji pada perkara yang menjadi kelemahan hamba
seringkali hamba diberi ujian dalam persahabatan, pelajaran, dan kesihatan
hamba sedar masih ramai lagi yang diuji dengan ujian yang lebih berat di luar sana
hamba tidak mahu menjadi makhluk yang tidak tahu bersyukur dan selalu menyalahkan takdirMu
bimbinglah hati hamba wahai Tuhan
ampunilah dosa-dosa dan kesalahan hamba yang lalu
hamba sangat mengharap agar diri hamba tidak dibiarkan sedetik pun olehMu
jika ada salah laku hamba di dunia sedarkanlah hamba
kerana hamba tidak sanggup menghadapi nerakaMu kelak
wahai Tuhan yang Maha Pengasih
hanya Engkau yang mengetahui hati hamba
seikhlas mana hamba dalam persahabatan
hamba redha jika tiada cinta insani buat hamba
kerana hamba lebih mengharap cintaMu
daripada cinta insan yang penuh dengan kepura-puraan
hamba juga mohon ampun wahai Tuhan
kerana terpaksa memutuskan persahabatan
demi sebuah ikatan kekeluargaan
hamba tidak bermaksud untuk berdusta wahai Tuhan
hanya Engkau yang Maha Mengetahui
bagaimana hancurnya hati untuk memutuskan ikatan persahabatan
bukan ini yang hamba mahu wahai Tuhan
tapi
mungkin ini jalan yang terbaik demi kebahagiaan
insan-insan yang hamba sayangi
hamba tahu Engkau selalu ada
bersihkanlah hati hamba dari sifat sedih dan kecewa
hanya padaMu hamba berharap
agar suatu hari akan hadir seseorang
yang akan membuatkan hati hamba selalu gembira
dan jauh dari sifat duka lara
amin...ya Rabb

No comments: