.::kEbaHagiaaN Itu daTanG KetiKa kiTa berHenTi menGeLuH TenTanG KEsULitaN-KesuLitaN YanG kiTa HadaPi daN menGucaPkaN TeriMa kasiH Atas kesuLitAN-kesuLitaN YAnG tiDak meNiMPa kiTa::.
1. Calon-calon dikehendaki menanti di luar dewan lima belas (15) minit sebelum peperiksaan bermula.2. Masuk ke dalam dewan dengan aman dan teratur bila dibenarkan.3. Calon-calon yang datang lewat tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan bermula tidak akan dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan.4. Bawa kad pengenalan, kad pelajar, slip masuk peperiksaan dan alat tulis.5. Tidak boleh membawa masuk ke dalam dewan peperiksaan barang-barang yang tidak dibenarkan.6. Ambil tempat duduk dan : - isi dan menandatangani borang kedatangan (Borang H); - letakkan semua yang berkenaan di sudut atas kanan meja masing-masing; - baca arahan-arahan pada muka depan soalan; - pastikan kertas soalan adalah betul;7. Angkat tangan dan beritahu pengawas jika tersalah kertas soalan.8. Tulis nombor pendaftaran pada setiap buku/kertas jawapan.9. Nama tidak boleh ditulis pada buku/kertas jawapan.10. Tidak boleh keluar dewan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan bermula dan lima belas (15) minit sebelum peperiksaan berakhir.11. Dilarang bercakap di dalam dewan. Angkat tangan jika ingin berhubung dengan pengawas.12. Bila masa sudah tamat: - berhenti menulis; - ikat semua buku/kertas jawapan; - mengambil semula kad peperiksaan, kad pelajar dan kad pengenalan masing-masing; - tinggalkan segala bahan-bahan yang dibekalkan; - letakkan buku/kertas jawapan di tempat yang diarahkan; - keluar dengan aman dan teratur.13. Jangan mencarik sebarang kertas dari buku/kertas jawapan.14. Buku rujukan yang disediakan dan sebarang kertas tidak boleh dibawa keluar dari Dewan Peperiksaan.15. Semua buku/kertas jawapan hendaklah diikat sekali kecuali pengawas mengumumkan sebaliknya.16. Tindakan tatatertib akan dikenakan bagi calon-calon yang: - tidak mematuhi arahan diatas - mengganggu perjalanan peperiksaan - tidak mematuhi arahan pengawas17. Calon-calon yang meniru, mengelat atau membolehkan calon-calon lain meniru/mengelat akan dikenakan tindakan tatatertib.
Salam ziarah
salam ziarah kembali..syukran ya
Post a Comment
2 comments:
Salam ziarah
salam ziarah kembali..syukran ya
Post a Comment