Tuhanku
izinkan aku pulang ke pangkuanMu
dalam tempoh terdekat ini
meski dengan hamburan luka berdarah
walau bekalan sedikit cuma
dengan cintaku yang sumbing ini
walau kepulanganku ini
dengan serba kekurangan
Kau terimalah diriku
bersimpuh di tempat terendah ini
dalam tunduk kepalaku ini
dan keakuan diri yang hina
sehina harga diri yang telah lama hilang
berjatuhan di tebing waktu
kerana aku sedar
aku bukan alim ulama
apatah lagi dermawan mahupun syuhada
aku bukan pencinta, perindu dan penyayang
pun bukan pewaris nabiMu
jua bukan umarrak ataupun fuqaha
aku hanya insan biasa
yang puas mencuci dosa
di peradaban masa
Tuhanku
sudilah Kau memandang
wajah kehitamanku ini
tataplah raut mukaku ini
yang hodoh, buruk dan hina
agar bisa ku angkat wajahku
agar mataku dapat menatapMu
menerangi wajahku ini
agar dapatku pandang ke muka alam
dengan rahmat dan restuMu
yang tiada kesudahan
Tuhanku
orang sepertiku ini
layakkah memandangMu nanti
layakkah aku mencium restu kasihMu
layakkah aku menatap wajah kekasihMu
layakkah insan sehina aku ini
mencapai sekelumit cintaMu
layakkah aku ini
berdiri di hujung syurgaMu
sedangkan di dunia ini pun
aku sudah tidak punya ruang untuk berdiri
betapalah hinanya aku ini
layakkah digelar hambaMu ya Rabb
Tuhanku
dengan mata, telinga dan mulut
dan tubuh yang manakah
dapat aku hadir di hadapanMu nanti
sedangkan segala yang ada
telah ku baluti dengan dosa
ku pasrah atas keadaanku ini
dengan penuh harapan
dan doa yang biasa sahaja
tiada arab tiada seninya
hanya bahasaku yang terluka
mengharap keampunanMu
memaafkan dosa-dosaku
maafkan aku ya Allah
kerana jika keampunanMu
hanya untuk orang2 yang solih
siapa pula yang akan memaafkanku
sedangkan dosaku lebih banyak
daripada mereka
maafkan aku ya Allah
kemaafanMu ke atasku
tidak akan sedikit pun
mengurangkan kebesaranMu
Kau tetap Maha Esa
aku tetap insan biasa
aku tetap bukan siapa-siapa
kasihilah diriku ini ya Allah
kerana tanpa kasihMu
jadilah hidup ini
penantian tanpa akhir
izinkan aku pulang ke pangkuanMu
dalam tempoh terdekat ini
meski dengan hamburan luka berdarah
walau bekalan sedikit cuma
dengan cintaku yang sumbing ini
walau kepulanganku ini
dengan serba kekurangan
Kau terimalah diriku
bersimpuh di tempat terendah ini
dalam tunduk kepalaku ini
dan keakuan diri yang hina
sehina harga diri yang telah lama hilang
berjatuhan di tebing waktu
kerana aku sedar
aku bukan alim ulama
apatah lagi dermawan mahupun syuhada
aku bukan pencinta, perindu dan penyayang
pun bukan pewaris nabiMu
jua bukan umarrak ataupun fuqaha
aku hanya insan biasa
yang puas mencuci dosa
di peradaban masa
Tuhanku
sudilah Kau memandang
wajah kehitamanku ini
tataplah raut mukaku ini
yang hodoh, buruk dan hina
agar bisa ku angkat wajahku
agar mataku dapat menatapMu
menerangi wajahku ini
agar dapatku pandang ke muka alam
dengan rahmat dan restuMu
yang tiada kesudahan
Tuhanku
orang sepertiku ini
layakkah memandangMu nanti
layakkah aku mencium restu kasihMu
layakkah aku menatap wajah kekasihMu
layakkah insan sehina aku ini
mencapai sekelumit cintaMu
layakkah aku ini
berdiri di hujung syurgaMu
sedangkan di dunia ini pun
aku sudah tidak punya ruang untuk berdiri
betapalah hinanya aku ini
layakkah digelar hambaMu ya Rabb
Tuhanku
dengan mata, telinga dan mulut
dan tubuh yang manakah
dapat aku hadir di hadapanMu nanti
sedangkan segala yang ada
telah ku baluti dengan dosa
ku pasrah atas keadaanku ini
dengan penuh harapan
dan doa yang biasa sahaja
tiada arab tiada seninya
hanya bahasaku yang terluka
mengharap keampunanMu
memaafkan dosa-dosaku
maafkan aku ya Allah
kerana jika keampunanMu
hanya untuk orang2 yang solih
siapa pula yang akan memaafkanku
sedangkan dosaku lebih banyak
daripada mereka
maafkan aku ya Allah
kemaafanMu ke atasku
tidak akan sedikit pun
mengurangkan kebesaranMu
Kau tetap Maha Esa
aku tetap insan biasa
aku tetap bukan siapa-siapa
kasihilah diriku ini ya Allah
kerana tanpa kasihMu
jadilah hidup ini
penantian tanpa akhir
No comments:
Post a Comment