masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: .::.jalan yang satu.::.
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Tuesday, April 27, 2010

.::.jalan yang satu.::.

Tuhan
Pernah di dalam firman Mu
setiap yang kami lakukan ada ganjarannya
aku pasrah

Tuhanku
kerana terlalu mengejar dunia
aku lupa dan alpa akan kebesaranMu
arah tujuku waktu itu
hanyalah mengecap kelazatan
dan kenikmatan dunia

Tuhanku
biar apa pun yang Engkau janjikan
aku tetap dengan duniaku
aku tetap lupa
bahawa ini semua sementara
aku tinggalkan kewajipanku
sejadah menjadi usang ditelan usia
kalam Mu berdebu
tidak juga aku ingat
untuk mendekat

kini
setelah Engkau mengujiku
dengan sedikit ujian
aku menggelabah
baru ku sedar kewujudanMu
baru ku ingat sejadah
baru ku kenal airmata keinsafan
yang ku kumpul
menjadi butir-butir mutiara
yang berharga

barulah aku sedar
segala yang ada di dunia ini
hanyalah sementara

barulah aku sedar
hidup ini hanya satu lakonan
di pentas dunia

begitupun aku masih belum puas merayu Mu

Tuhanku
bukan aku tak yakin
dengan janji pengampunanMu

cuma aku tak yakin pada diri
imanku pasang surut
bak ombak yang berlabuh di lautan

ya Tuhanku
berilah daku 'cahaya terindah' Mu
agar aku terus istiqamah di sirath Mu
moga aku tak lalai
dan dilalaikan
moga aku tenang meniti titianMu
ke jalan yang satu

<<<<<<<<<<<<<<< ^_^>>>>>>>>>>>>>>>>


No comments: