masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: .::lelaki dan airmata::.
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Saturday, January 22, 2011

.::lelaki dan airmata::.


selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w....




memikirkan tajuk yg sesuai utk entri kali ni sudah memeningkan kepala... apa lagi isinya... tapi, saya cuba juga menulis utk berkongsi...

"lelaki dan air mata"

itulah tajuk yg sesuai agaknya... janggal juga rasanya bila berbicara tentang hakikat bahawa lelaki juga MENANGIS...sebab biasenya air mata tu sering dikatakan sebagai senjata persuasif bg wanita utk mempamerkan kesedihan @ utk mencapai apa juga hajat yg terbuku di hati... air mata juga dianggap sbg 1 kaedah utk menyampaikan mesej kpd org lain agar memahami ape yg mereka rasakan... betul kan wahai wanita2 spt saya...? =)

airmata mampu menterjemahkan sesuatu perkara tanpa sepatah bicara...itulah kuasa titisan air mata...=)

jadi bila lelaki menangis, kita selalu menganggap ia sbg 1 kelemahan bg mereka... saya rasa aneh bila saya berkata kpd seorang teman, " wahai teman, menangislah... jgn simpan tangismu kalau memang ada yg ingin kamu tangisi...". kalau kata2 itu saya tujukan kpd teman wanita, mungkin tidak terlalu aneh bunyinya... betul ke pendapat saya ni????

sebenarnya air mata tu adalah BASUHAN JIWA yg menghayati serta menjiwai sesuatu insiden...ia bukan hanya milik kaum Hawa... air mata akan mengalir bila bersentuhan dgn hal2 yg menyentuh hati nurani kita...memang betul, tangis dan air mata spt sebahagian daripada hidup wanita...namun, lelaki juga makhluk yg berperasaan...cuma mungkin kadarnya je yg berbeza...yang jelas, lelaki tu jauh lebih MISKIN perasaannya drpd wanita spt saya...=)

anggapan bahawa lelaki harus menahan air mata drpd menitis di kedua belah pipi mereka, apa lagi sampai dilihat oleh orang lain.. itu adalah SILAP!

WANITA pada fitrahnya dikenal sebagai pemilik sifat KEIBUAN, KELEMBUTAN, KETABAHAN, KEHALUSAN serta segala sifat kewanitaan yg telah dianugerahkan kpd mereka... sedangkan LELAKI yg baik memiliki sifat kewanitaan dlm diri mereka...lelaki juga boleh menangis dan air mata mereka bukan sesuatu yg janggal utk dilihat @ disaksikan...selagi tangisannya bukan krn sifat mengada2, tapi menunjukkan betapa halus dan lembutnya perasaan yg mereka miliki...

kehalusan dan kelembutan perasaan ini tidak akan mengurangkan susuk peribadi mereka yg tegar dan tegas,tapi akan menjadikan ia sbg susuk peribadi yg ideal utk dijadikan teladan bg org lain...sebab kehalusandan kelembutan perasaan akan menghasilkan sifat SABAR, sedangkan KETEGARAN dan KETEGASAN itu akan menghasilkan sifat BENAR!

lelaki yg ingin BERJAYA harus memiliki 2 sifat teras ini iaitu SABAR dan TEGAS!!!

memupuk sikap BENAR dgn mengetepikan sifat SABAR, akan menyebabkan keperibadian lelaki itu TIDAK SEIMBANG....

Maka, jangan simpan tangis anda wahai lelaki...

bila ada sesuatu hal yg membuatkanmu ingin menangis, maka izinkanlah ia keluar dari kehalusan dan kelembutan rasa... sesungguhnya air mata lelaki akan memberi kekuatan kepada kpd mu krn setelah ia mengalir, runtunan jiwa dan segala yg terbuku akan terungkai... masalah mampu diredakan serta jalan keluar akan terbuka sedikit demi sedikit...

wallahu a'lam....=)

No comments: