detik waktu terus berlalu
meninggalkan aku yang masih merangkak
dalam meniti perjalanan hidup
yang penuh pancaroba
masihkah aku punya waktu
untuk mencapai segala impian
dan matlamat yang aku bina selama ini
kalau ada pun
masih panjangkah waktu buatku
oh Tuhan
sungguh keinginanku begitu banyak
tidak terkira dek susunan jari
sempatkah aku
untuk menunaikan semua kewajipanku
waktuku hanya tinggal sedetik
mampukah aku
untuk menyempurnakan
separuh daripada imanku
Allahu Rabbi
oh Tuhan
andai tiba saatMu
utk menjemputku kembali kepadaMu
jemputlah aku
di saat
aku tidak lagi menanggung hutang
dan bebanan hidup di dunia
kerana hakikatnya
aku tak mampu utk membayarnya
saat diri mula melangkah ke dunia itu
peliharakanlah
insan2 kesayanganku
titipkanlah kebahagiaan dan kegembiraan
buat mereka
kerana aku sangat sayang mereka
itu sahaja harta paling berharga
amanah buatku
dari abah tercinta
sungguh aku hanya yakin padaMu
untuk menjaga mereka
terima kasih ya Allah
No comments:
Post a Comment