Doa merupakan salah satu alat yg sangat berkesan dalam meghilangkan penyakit dan juga mencapai impian...namun adakalanya doa tidak dimakbulkan...ini kerana doa tersebut tidak disenangi Allah dan mengandungi permusuhan...atau kerana hati lemah dan tidak khusyuk di hadapan Allah ketika berdoa...
"busur panah yg tidak kuat akan menyebabkan panah tidak mampu melesat dgn tepat"
...atau kerana ada penghalang terkabulnya doa, seperti memakan makanan yg haram, melakukan kezaliman, adanya noda2 dosa yg mengkaburkan cahaya hati atau kerana kelalaian hati oleh permainan2 duniawi...
disebutkan dalam hadith sohih riwayat al-hakim daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:
"berdoalah kalian kepada Allah dengan hati yang yakin untuk dikabulkan.ketahuilah bahawa Allah tidak menerima doa drpd hati yg lalai lagi terpedaya dengan urusan duniawi".
(at-tarmizi)...
dengan demikian doa merupakan ubat yg paling mujarab dalam menyembuhkan setiap penyakit, tetapi kelalaian hati drpd mengingati Allah, akan menghilangkan kekuatan doa tersebut...
..sahih muslim drpd Abu Hurairah, Rasulullah saw brsabda,
"wahai manusia, sesungguhnya Allah itu Maha Baik, Ia takkan menerima kecuali sesuatu yg baik2.."
sesungguhnya Allah memerintahkan orang2 yg beriman, sebagaimana perintahNya kpd para utusanNya..
"wahai para Rasul, makanlah daripada makanan yg baik2 dan kerjakanlah amalan yg soleh,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan.."
No comments:
Post a Comment