masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: .::.wasiat Luqman.::.
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Monday, August 3, 2009

.::.wasiat Luqman.::.


Dalam Al-Quran terdapat sebuah surah yang dinamakan surah Luqman, iaitu surah ke-31. di dalamnya Allah menyatakan “sesungguhnya kami telah kurniakan kepada Luqman ‘Al-Hikmah’, bahawa bersyukurlah kepada Allah! Sesiapa yang bersyukur maka dia bersyukur kepada dirinya sendiri. Dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Amat Terpuji” (ayat 12). Al-Quran tidak menerangkan siapakah Luqman itu sebenarnya – apakah dia seorang RASUL, PENDITA atau ULAMA. Al-Quran hanya menyebut dia seorang yang telah dikurniakan ‘Al-Hikmah’. Walau apapun, tentulah dia seorang yang sangat istimewa di sisi Allah, hingga namanya diabadikan di dalam kitab sucinya. Dan setelah menyatakan bahawa dia telah dikurniakan ‘Al-Hikmah’, Al-Quran menceritakan bahawa Luqman telah mengajar anaknya, seperti berikut (ayat 13-19).

Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, sewaktu dia memberinya nasihat: “wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu satu kezaliman yang besar”.(13)

Dan kami wasiatkan kepada manusia terhadap kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan menannggung kelemahan demi kelemahan, dan menyusuinya dalam tempoh 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, kepada Akulah jua tempat kembali.(14)

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku, sesuatu yang tidak engkau ketahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik, dan turutlah jalan orang-orang yang kembali kepada Ku. Kemudian kepada Akulah tempat kamu kembali, maka Aku akan menerangkan kepadamu segala yang telah kamu kerjakan. (15)

Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada sesuatu sebesar biji sawi sekalipun, di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, nescaya akan didatangkan oleh Allah, kerana sesungguhnya Allah Amat Halus pengetahuanNya lagi Amat Meliputi.(16)

Wahai anakku! Dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah perkara mungkar, dan bersabarlah atas bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara yang sangat penting.(17)

Dan janganlah engkau palingkan mukamu dari manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membangga diri.(18)

Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.(19)

No comments: