masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: .::.masih mencari-cari.::.
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Saturday, October 3, 2009

.::.masih mencari-cari.::.




Hari ni, 3 Okt 09 bersamaan dgn 14 Syawal 1430...

Seawal jam 5pg diri sudah dikejutkan dengan kebisingan enjin kenderaan yg lalu lalang di bawah...entah knp mudah pula diri dikejutkan dgn suasana itu pg ni,,, walhal malam td terasa begitu degil mata ni utk berehat...mungkin kesan air Biocafe yg ana minum mlm td membuatkan mata ni terlalu payah utk terlelap...sehingga jarum jam mencecah pukul 3 pg pun roh masih tak mahu berpisah dari jasad...

sebenarnya banyak perkara yg membelenggu fikiranku sejak akhir2 ni...dengan tesis dan assignment yg bertimbun2...midterm yg diadakan hampir setiap minggu...kerja2 yg masih belum dapat disempurnakan dgn baik...dan musim peperiksaan yg bakal menjelang hampir sebulan je lagi...ana dah mula rasa tertekan dgn semua keadaan ni...

ana tak tau mana 1 yg harus diselesaikan dulu...arrrggghhhhh....memikirkan semua ni membuatkan ana rasa sakit kepala...dan sekarang ni ditambah pula dgn 1 lg masalah yg membuatkan ana berada dlm dilema...kadang2 hati ni jahat bila selalu berkata, "kalaulah aku bijak dan sempurna macam org lain"...

padahal ana tau Allah paling benci hambaNya yg suka mengatakan "kalaulah"...maafkan hamba Tuhan...tidak terniat utk tidak mensyukuri setiap nikmatMu...Hanya selalu shj hati diusik dgn plbagai perasaan jahat yg gemar menyesatkan anak Adam jauh ke lembah kejahilan dan kesesatan...

ana juga cukup sedar tentang kalam Allah yg bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” -QS 13:11...

entahlah...takut pula bila sendirian meniti perjalanan hidup...ingin dikuatkan hati dan jiwa menempuh segala kepayahan ni, tp selalu shj jatuh dan terduduk tanpa bantuan dari sesiapa pun...dimana sinar hidayahMu Tuhan...Hamba mohon usah Kau biarkan hamba keseorangan meniti arus kehidupan ni...kerana hamba bukan lahir dr umatMu yg terdahulu yg hati mereka penuh dgn keimanan dan keyakinan terhadapMu...hamba mohon agar tidak Kau jadikan hati hamba cenderung kepada kesesatan sesudah Kau beri petunjuk kpd hamba, dan kurniakanlah kpd hamba rahmat dr sisi Kau, sesungguhnya Kaulah yg Maha Pengurnia...

wallahu a'lam...

No comments: