masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: .::.kisah Jibril a.s, kerbau, kelawar dan cacing.::.
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Friday, October 2, 2009

.::.kisah Jibril a.s, kerbau, kelawar dan cacing.::.

Suatu hari Allah s.w.t memerintahkan malaikat Jibril a.s. utk pergi menemui salah satu makhluknya, iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau, apakah dia senang telah diciptakan Allah s.w.t sebagai seekor kerbau?

Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui si kerbau.

Padahari siang yg panas itu si kerbau sedang berendam di sebatang sungai. Malaikat Jibril a.s mendatanginya kemudian bertanya kepada si kerbau.

"hai kerbau, apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai seekor kerbau?".

Si kerbau menjawab, "Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t yg telah menjadikan aku seekor kerbau, daripada aku dijadikan sebagai seekor kelawar yg ia mandi dengan kencingnya sendiri".

Mendengar jawapan itu Jibril a.s segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril a.s berjumpa dengan seekor kelawar yg sedang bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai seekor kelawar?"

Si kelawar menjawab, "Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t yg telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikan seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya shj menggunakan perutnya".

Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril a.s pun segera pergi menemui seekor cacing yg sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril a.s bertanya kepada si cacing, "wahai cacing kecil, apakah kamu senang dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai seekor cacing?"

Si cacing menjawab, "Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t yg telah menjadikan seekor cacing daripada dijadikannya aku sebagai seorang manusia. apabila mereka tidak memiliki iman yg sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Ermmm....
Sudah cukupkah iman dan amal kita sebagai manusia utk dibawa ke hari pengadilan esok...dan iman tanpa taqwa tiada nilainya di sisi Allah s.w.t...sebagai hamba Allah marilah kita selalu mempertingkatkan keimanan dengan amalan2 soleh utk mendapat kerahmatan Allah s.w.t di dunia mahupun di akhirat... wallahu a'lam...

No comments: