Followers

Links

izzah87

Tuesday, April 12, 2011

soleh @ solehah ???


Assalamualaikum....

Saya masih teringat perbualan dengan seorang teman sewaktu zaman persekolahan dulu..Semasa di bilik hostel, dia bertanya ‘Bila rancang nak kahwin?

Dengan selamba saya menjawab, “23

Waah...awalnya...!!

Hehe, tak nak kalah dengan mak.. Dulu mak kahwin umur 23 tahun juga

Ececehhh... Takpela.. Biasa orang baik-baik ni memang nikah awal...hehe

Erkkkk???

Lama dah berlangsung perbualan di atas......(tuanya saya).. Sekarang, dah masuk 24 tahun dah pun.. Belum bernikah lagi ^_^

Maknanya, belum cukup baiklah tu. Hehe.. (Semuanya qada’ dan qadar Allah)

Memang pada pendapat saya, orang-orang yang soleh dan solehah ni memang kahwin awal-awal belaka.. Ada yang 19 tahun dah kahwin, dah beranak-pinak.. Tapi yang penting bagi saya adalah kematangan seseorang.. Sedangkan anak berumur 5 tahun pun boleh jadi lebih matang berbanding kita, apabila sejak kecil hidup dalam kesusahan..

Habis tu, kalau kahwin lambat tu semua tak solehah ke?

Bukan begitu.. Situasi ni sama seperti kaitan antara smoking dan COPD.. (Maaf, memang inilah perbandingan yang dapat difikirkan)..Orang yang mempunyai COPD, majoritinya adalah perokok..Namun di antara yang merokok, tidak semuanya mendapat COPD.

'Ada pulak bandingkan dengan perokok...'

Nak dikatakan kat sini, cuma ada ‘association’ kahwin awal & soleh@solehah seseorang itu.. Sebetulnya, ianya cuma perspektif manusia.. Soleh@solehahnya seseorang itu mungkin cuma boleh dijangka daripada luarannya, hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Dan kita pasti lebih mengetahui tahap keimanan kita, tinggi atau rendah; walau apapun kata manusia..

Tak semua yang menikah awal itu soleh@solehah dan tak semua yang lambat menikah itu bukan orang yang soleh@solehah.. Cuma mungkin dari segi statistik kelihatan begitu..

"Apa yang cuba disampaikan sebenarnya?"

Macam ni... Biasanya orang-orang yang mempunyai kesedaran agama, memang sangat menjaga dirinya, bimbang jika termasuk ke dalam lubang fitnah. Terutama sekali di akhir zaman, yang mana fitnah memang berleluasa, jadi jalan pernikahan itu diambil untuk menjaga agamanya.

"Daripada ‘couple’, lebih baik aku nikah"

Benarkah penyataan ini?

Sebuah hadith daripada Abdullah bin Mas`ud ra. dalam Sahih Muslim menyebutkan:

Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Uthman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Uthman berkata kepada Abdullah:

Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah.

Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: ‘Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu.

Berbalik kembali kepada tajuk entry kali ini.

"Orang solehah= cepat bernikah"

Sudah cukup soleh & solehahkah kita?

Sudah bersediakah?

Atas alasan apa kalian mahu menikah?

Untuk mengelakkan zina semata-mata?

Tidak semudah itu. Cukupkah bekalanmu? ‘Tiada apa yang mudah dalam soal ilmu!’ Imam Malik pernah berkata.

"Jika erti pernikahan pun belum difahami, bagaimana pula mahu menikah? Silap-silap, menganiaya anak orang pula jadinya."

Jadi, perbaikilah diri kita sebelum memasuki alam pernikahan.. Pernikahan itu adalah satu ibadah sepanjang hayat.. Jangan pernah dipandang ringan..

Dan antara sikap yang sangat dibenci oleh Allah ialah mendahulukan hawa nafsu, dan bukan wahyu dalam menjalani kehidupan.. Bila tiba ‘ritual-ritual’ agama yang perlu, barulah kita sibuk mencari ustaz, baru nak mencari agama..

Yang mana satu alat, yang mana satu matlamat?

Pernikahan itu hanyalah alat untuk mendapatkan matlamat kita iaitu keredhaan Rabb kita.


Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Perempuan itu dinikahi kerana empat hal, iaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Nikahilah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia.” (Muttafaq 'Alaih dan Lima ahli hadith lainnya)

Jangan keliru.. Kita bernikah bukan sebab cinta pada pasangan, lepas tu akhirnya nak dapat redha Allah atas cinta kita yang agung jadi kita pun menikah.. Takkan Allah diletakkan di tempat kedua... Luruskanlah ini terlebih dahulu.. Letakkan Allah pada tempat yang pertama.. Segala perkara dilakukan HANYA keranaNya, kerana mahu mengikuti sunnah Rasulullah saw..

Anas Ibnu Malik Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: “Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat.” (Diriwayatkan oleh Ahmad. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.)

Tapi jika sebelum bernikah kita sudah lari daripada matlamat itu sendiri (dengan melakukan perkara yang dilarangNya) bagaimana pula mahu menuju matlamat itu?

Kita mahu menikah, tapi kita belum mampu lagi..

Jadi bagi yang sudah ada taman dalam hati, renungkanlah hal ini. Suka, cinta, itu fitrah, cuma jangan pesongkan ianya sehingga menjadi fitnah.

Jika merasakan apa yang dilakukan itu salah disisiNya, mohonlah keampunanNya atas kelemahan diri, dan kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ke arah yang lebih menjaga tahdid agama kita. Berubahlah sedikit demi sedikit. Itu lebih baik bagi kita...

Fikirkanlah.

Apapun, pintu taubat terbuka luas buat hamba yang mencari keampunanNya.. Masih ada peluang utk kita kembali meniti jalan yang lurus untuk menuju Allah.

Namun sebelum tiba ke alam itu, marilah kita menjadi soleh atau solehah terlebih dahulu.

Allah Maha Mengetahui.

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~


Wallahu a'lam...

Friday, February 25, 2011

.::kesempatan atau pilihan::.




Kesempatan Atau Pilihan...
Bertemu adalah kesempatan, mencintai adalah pilihan...
Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan..

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu
tertarik,
Itu bukan pilihan, itu kesempatan...
Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan,
Itupun adalah kesempatan..
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan...
Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walau
apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan..


Bahkan ketika kita menyadari bahwa masih banyak orang
lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya,
daripada pasanganmu,
Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan...
Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan..
Pilihan yang kita lakukan...
Berbicara tentang pasangan jiwa,

Ada
suatu kutipan yang mungkin sangat tepat:
"... Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil.. "

Pasangan sehati dan sejiwa memang benar-benar ada.
Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang
Yang diciptakan hanya untukmu..
Tetapi tetap berpulang padamu,
Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya atau tidak...
Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan sehati dan sejiwa dengan kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama dia,
Adalah pilihan yang harus kita lakukan..

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang
sempurna untuk dicintai,
TETAPI untuk...
Belajar mencintai orang yang tidak sempurna, Dengan cara yang sempurna...^^
While you are reading this page, if someone appears in
your mind, then..

" You Are In Love With That Person..^^ "

.::kerana aku sayang kamu::.




Aku sayang kamu..
pertama kali terpandang..
seakan ada tarikan magnet yang menarik
aku tak tahu kuasa apakah itu
tapi yang pasti kamu mampu membuat
denyut nafasku bagaikan terhenti
kehidupanku ceria selalu...
hanya kerana
ku pahat wajahmu dalam mindaku

Aku sayang kamu..
memang ku akui
aku memang sukar untuk meluahkan rasa
bahkan merona segan melakar bicara rindu
melafazkan kata-kata cinta
tapi dengan kamu segalanya ingin
aku muntahkan apa yang terpendam
agar kau mengerti..

Aku sayang kamu..
walau tanpa tanda noktah yang pasti
tanpa talian perhubungan hati
aku senang begini..
biar rasa rindu dan tertanya-tanya itu
membuat hati kita jadi dekat selalu
kerana Kuasa itu lebih mengetahui segalanya..

Aku memang sayang kamu..
namun aku lebih menyayangi diriku sendiri
kerana aku takut rasa sayang yang melampau
padamu
membuat aku melukai diriku..
dan meruntuhkan kekuatan yang kembali
ku pertahankan.
dan aku paling takut andai
tiba-tiba kamu hilang.. seperti mereka
jadi biarlah yang tersirat dan tersurat itu
ku genggam erat dalam lipatan hati
andai ada restu Ilahi
pasti kan jadi milik ku..

Kamu yang aku sayang, ku sentiasa doakan yang terbaik buat mu..

.:: kita adalah sama::.


Kita pernah derita
mungkin kerna cinta
kita mungkin kecewa
kerna pernah terluka
apa yang kita rasa
mungkin ada sama
aku, dia, kamu dan mereka

kita adalah sama
ada rasa duka
cuma ceritera kita berbeza

salah,
benar bukan salah siapa
ini dugaan untuk kita
apa yang kita perlu ada
sabar,tenang kan jiwa
berani meniti masa
tahu untuk berkata..

sabar dan tenanglah jiwa
Usah di toleh lagi ke belakang sana
kita perlu terus kedepan utk mara
walaupun ada rasa kecewa
pujuklah hati bahagiakan rasa
jangan ada lagi airmata
pada cinta yang sia-sia..

Monday, February 21, 2011

.::balik kampung::.


bismillah...................................

hai semua...kelmarin saya balik kg... seronok, dengan senang hati saya bersiap2 utk balik kg... padahal, isnin kerja... saya rasa tenang bila balik kg... insan2 yg saya sayang sentiasa dekat dpn mata saya... lupa segala masalah... 2 minggu saya duk kat rumah sewa, demam, batuk, selsema, sakit kepala... balik rumah je, semua hilang... sebab tu saya suka balik kg... ^^

actually, saya dah dapat kerja sambilan...kt asasi uiam... boleh la buat tambah duit poket... bosan juga bila kuliah cuma hari rabu jam 12pm- 2pm, tutorial pula khamis jam 11am-1pm... waktu yg lebih2 dibazirkan macam tu aje... huhuhu.. saya tahu badan saya ni bukan kuat sangat.. pantang penat ckt, mulalah demam berhari2... tapi, sampai bila saya nak jadi lemah... tak lama lagi nak hidup berkeluarga... saya tak nak orang ckp saya malas... mula2 saya kerja, memang terus demam, padahal, kerjanya cuma duk depan PC, menaip, print, susun fail2, buat jadual... dari jam 8am-5pm... itu pun boleh demam...

kdg2 saya hairan dgn diri saya... knp saya macam ni... belum buat kerja berat2 lg...nasib baik ada mama, mama je yg faham... tapi, kesian juga kat mama kalau saya tak tolong buat keje... siapa nak bayar yuran kuliah saya... siapa nak byr duit sewa rumah saya... adik2 pun nak guna duit utk sekolah... nak tak nak, saya kena kuat...

alhamdulillah, ada 'dia' juga yg selalu bagi semangat... buat ganti tempat arwah abah... utk saya berpaut... tempat saya meluah segala suka dan duka... sentiasa memahami, tak pernah sekali pun meninggi suara... betul kata mama... rupa dan harta tak menjamin kebahagiaan... yang penting hati yg ikhlas menerima, saling jujur dan percaya...^^ thank you tadi hantar saya balik dan sudah belanja saya makan...^^

ya Allah, besar sungguh rahsiaMU... selepas kedukaan berlalu, kini aku mampu tersenyum kembali... pimpinlah aku agar tidak leka dgn nikmatMu... amin.. ^^
::Tuhan sekalian alam ::pemilik pencipta dan penentu atas segala sesuatu ::ya Rabbul Alamin ::selawat serta salam ke atas junjungan besar ::Nabi Muhammad s.a.w ::keluarga ::dan para sahabat Baginda ::tertunduk aku mensyukuri ::nikmat serta hidayah kurniaan Allah buatku ::hambaNya yg sering lupa dan selalu pula ingkar ::dalam penghambaan yang masih punya kekurangannya ini ::namun ::kurnia Allah tidak pernah surut ::buatku yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham ::hingga aku terpandu lalu terhasil bingkisan sederhana ini ::buat tatapan semua yang bersamaku ::terima kasih ya Allah::


___________$$$$___________$$$_$$$$
__________$$$--$$__________$$$_$$
__________$$$_____________$$ $$
__________$$$_____________$$$
__________$$$$$$__$$$$$$___$$$
__________$$$____$$$__$$$___(¯`•.•´¯)
__________$$$____$$$__$$$___`•.,(¯`•.•´¯)
__________$$$____$$$__$$$__(¯`•.•´¯),.•´
__________$$$_____$$$$$$____`•.,.•


____________________$$$_____$$$___$$$$$$
_____________________$$$ ___$$$___$$$__$$$
______________________$$$__$$$___$$$___$$$
_______________________$$$$$_____$$$__$$$
_______________________$$$$_______$$$$$$___$$$___$$$
______________________$$$$________________$$$___$$$
_____________________$$$$_________________$$$___$$$
____________________$$$$__________________$$$___$$$
____________________$$_____________________$$$$$$$


___$$$$$$$$
__$$$____$$$$______$$$$
_$$$_______$$$__$$$$$$$$$
_$$__$______$$$ $$$_____$$$
_$$_$_______$$$$$_______$$$
_$$_________$$_________$_$$$
_$$$$___ ______________$$_$$$
__$$$$________________$__$$$
____$$$$_____________$$_$$$
_____$$$____________$__$$$
______$$$$________$$_$$$
_______$$_________$$$$
_ ______$____$$$$$$$$
_______$__$$$$$$$
_______$$$$$$
______$$$$
_____$$$
_____$
____$

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails