masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: 2009-11-29
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Monday, November 30, 2009

.::.bukan ku pinta.::.


kasih
tak mudah untukku lafazkan
terlalu payah untukku bicarakan
tapi

aku tahu ianya akan tersimpan
jauh menyusuri
setiap celahan impian

kasih
bukan ku pinta
perasaan itu hadir
kerana sudah tertulis
munculnya
tanpa diundang
membuat diri ini tak keruan

menanti kasih
tak kesampaian

kasih
mulanya sukar untukku fahami

tentang apa yang terselindung
di sebalik ini

namun

aku terus setia menanti

rupanya diri ini sudah jatuh hati

pada insan
yang tak mungkin aku miliki

biarpun secara realiti
mahupun fantasi


kasih
biarlah ruangan ilham ini
menjadi sandaran
untuk aku meluahkan
segala yang ku pendamkan

hanya tulisan yang mampu
mempamerkan
segenap perasaan
bahawa dalam diam

aku mencintaimu

aku tidak akan mengharapkan sebarang balasan

doaku semoga segala impianmu tercapai
dan sentiasa di dalam kebahagiaan

p/s: biar maut sahaja yg akan memadamkan api cinta yg selalu menyala dan terus menyala...
"tafsirkan dunia yang mendiam dalam hati"

.::.kata orang tentang satu perasaan.::.


kata orang
cinta itu suatu yang indah
perasaan bahagia,sikap riang gembira
sentiasa hadir di dalam jiwa

kata orang
rindu satu keresahan
ia sering hadir
saat saling berjauhan

kata orang
sayang satu sifat yang murni
jika ditambah dengan keikhlasan
sayang menyayangi satu kebahagiaan

kata orang
penantian satu penyeksaan
terseksanya zahir dan batin
tanpa rasa belas kasihan

kata orang
putus cinta bagaikan hendak gila
mana tidaknya...jika
seluruh kepercayaan telah diserahkan

kata orang
ego itu suatu penghalang
bagi mengecap kebahagiaan
masing-masing
tidak mahu mengalah
namun
diakhiri jua dengan penyesalan

kata orang
perkataan maaf suatu keajaiban
walaupun hanya satu perkataan
ia mampu merobohkan
sejuta keegoan

kata orang
adat bercinta
sentiasa menyayangi, memahami
dan
ditambah pula dengan kesetiaan
tapi jika hanya sebelah pihak
yang menghargainya
percintaan tetap tidak berseri
selamanya

.::.rumput dan kasih sayang.::.

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar
: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar
: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

SAYANGILAH MEREKA YANG TERSAYANG!!!

Renung-renungkanlah .....

.::.sahabat.::.

kemenangan telah jadi milik kita-chayokk, Angau@hijau!!!Allahu Akbar!


erti persahabatan ini



meskipun kadangkala
bicara kita sering bertentangan
namun kita mengerti
kita sebenarnya mencari
satu kebenaran dan keberanian
untuk mengenali diri ini
antara jatuh dan bangunnya
mereka di sisi kita

kepadamu sahabatku
jangan kau rasa kehilangan
andainya aku mengundur diri
daripada satu pertemuan
kerana mungkin perpisahan ini
menjadikan kita saling
mengenal erti perpisahan
kejujuran dan kesetiaan

sahabat setiaku
andainya suatu hari nanti
penantian menjadi realiti kita bersatu
mempereratkan lagi persahabatan kita
pastinya kau akan gembira
kepadamu sahabatku
engkaulah penawar segala kelukaan
aku gembira menjadi sahabatmu
walaupun pertemuan tak menjanjikan kekalnya persahabatan
engkau tetap hidup di hatiku
untuk selamanya...