masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: 2010-11-21
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Tuesday, November 23, 2010

warkah cinta berbau syurga


assalammualaikum wbt...

dunia ku rasakan sepi tanpa deringan2 darimu.. hidup ku rasakan sunyi tanpa nasihat2 dan teguran2 darimu.. bunyi siulan burung2 yg berterbangan saban waktu bagai membawa perkhabaran mengenaimu.. tapi aku tetap sedar, bahawa engkau tidak pernah berada di sisi sejak dulu, kini dan selamanya hanya aku yg bermain dgn ilusi sendiri..

justeru aku datang dgn wajah seorang teman.. tidak minta dikasihi tidak minta dibenci.. hanya utk membantu meleraikan kekusutan.. meskipun engkau yg memulakan salam pertemuan, biarlah aku saja yg melafazkan salam perpisahan..

ingatkah sewaktu dirimu meletakkan harapan yg tinggi pasa hubungan ini.. waktu itu kita yakin bahawa hubungan ini akan utuh dan kukuh.. masa itu kita masih muda.. penuh dgn tekad dan azam.. kita kdg2 lupa dgn tribulasi.. melihat cabaran dgn mata kurang terbuka.. biar jauh atau dekat, biar susah atau senang, kita tetap mahu pastikan agar hubungan ini berjaya..

dulu pernah aku ungkap, "jgn terbang tinggi, kalau jatuh parah nanti". lalu engkau jawab, "kalau kita tak cuba terbang tinggi, sampai bila2 pun kita akan takut utk mencuba, lagipun kita tetap akan dapat nikmat berusaha dan mencuba".

kalam ini banyak memberi kesan padaku...

kau terasing jauh dari bumi sendiri.. terbang melintasi benua dan akhirnya terdampar di pesisir mediterranean..

bila diimbau sejarah kita, terasa seolah2 suatu kisah yg kita karang bersama adunan rasa tulus dan ikhlas walaupun hubungan kita tidak disuburkan dgn pertemuan.. kesefahaman dan kepercayaan telah menyiram benih2 kemesraan menjadikan kita saling bertoleransi dan cuba memahami.. ah! seperti sebuah kisah mitos yg tidak wujud, namun ia tlh berlaku dlm hidup kita..

antara kita ada peristiwa yg menjadi kenangan abadi, namun tidak bermaksud kita mengagungkannya.. sekadar dijadikan memori utk diri sendiri.. nostalgia utk diimbau.. biarlah ia menjadi khazanah yg berharga atau mungkin saja hilang dipupus masa.. Tuhan yg akan menentukan...

benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segalanya.. cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi.. tetapi, ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya... cinta tidak semestinya bersama.. cinta itu utk memastikan org yg dicintai bahagia.. terima kasih krn pernah hadir membawa sebuah kenangan terindah dalam hidup ini...

syukran 'alaa kulli hal...

wslm...