masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: 2009-08-30
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Saturday, September 5, 2009

.::.Qalbi Nadak.::.


ليك انا ملك ليك تعل قرب ضمني محتاج إليك
ليك وروح فيك يا حب عمرنا عمري كله هاعيشه ليك

هواك هو الحياة وانت اللي انا بعشق هواه
كان قلبي مناه اجمل ملك يكون معاه

يا قلبي نداك واتمنأك تيقب انت ويايا
يا بعد سنين شوق وحنين اللاقيك هنا معايا
يا ضمني ليك ده انت حبيبي حياة ليك
وهاعيش عمري عيشان عينيك و عمري فداك

إيه احتاج لإيه لو كنت جنبي معايا ديما كل إيه
يا ده انا من زمان محتاج لقلبي حس بيا وحس بيه

.::.teman.::.


...dalam jalinan persahabatan, kadang-kadang kita di uji dengan pengkhianatan seorang teman sehingga membuatkan kita terduduk menangis dan kecewa...namun jika kita ikhlas dalam persahabatan, pasti 1 hari nanti Dia akan hadiahkan kita seorang teman yang akan membuatkan hati kita bahagia dengan kehadirannya...bibir tersenyum manis mendengar bicaranya...kadang-kadang tertawa riang dengan gurauannya dan bersama mencipta memori indah sebagai kenang-kenangan di saat rindu menyapa...


...apa yang kita alami demi teman2 kadang-kadang meletihkan dan menjengkelkan kita, tapi itulah yang membuatkan persahabatan mempunyai nilai yang indah...

Friday, September 4, 2009

.::.Ahli baiti.::.


"teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya kamu teringatkan Allah, mendengar kata2nya menambahkan ilmu agama, dan melihat gerak-gerinya terkenangkan mati"


buat teman2 serumah di apartment camellia court (2008-2010)..terima kasih di atas jalinan persahabatan yang terbina ini...semoga ukhwah antara kita akan berkekalan hingga ke hujung nyawa...





~kak habsah~
(siswazah sarjana muda bahasa arab dan komunikasi)
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA - USIM :



ni senior ana sejak di SMAKJ lagi...tak sangka boleh jumpa dan duduk serumah dengannya di USIM ni...kak habsah baru je bergelar graduan USIM...TAHNIAH kak!!!kini bekerja sbg tutor di fakulti FPQS...seorang yang happening dan sporting serta ada ciri2 seorang kakak yg baik...selalu nasihatkan kami...syukran jazilan ya kak...







~kak yani~
(mahasiswi tahun 3, sarjana muda pengajian quran dan multimedia)
FAKULTI PENGAJIAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH - USIM :



wahh...ni lah ustazah kami...kak yani umpama jam loceng buat kami serumah...sape2 tak bangun solat subuh siaplah...dia tak buat apa2 pun..cuma dia takkan berhenti kejut sampai kami bangun...seorang yg lemah lembut tapi agak tegas dalam perintah agama...syukran ya kak yani...






~kak ecah~
(mahasiswi tahun 3, sarjana muda pengajian quran dan multimedia)
FAKULTI PENGAJIAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH - USIM :



ni roommate ana...kak ecah nampak pendiam sikit...tapi ok ja kalau ajak dia berbual...kami paling seronok kalau kak ecah balik dari kampung... sebab banyak buah2an tempatan yg dia akan bawa untuk kami...sampai batuk2 kami dek penangan buah rambutan kak ecah...hik3...syukran ya kak...





~nik~
(mahasiswi tahun 4, sarjana muda kaunseling)
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN - USIM :



ni rakan seperjuangan ana dari 1 negeri...tapi nik dari SMKAS...seorang yang peramah, bijak, dan lemah lembut...nik suka buat kami semua tertawa...kalau dulu masa baru pindah, dia lah tempat rujukan ana untuk hal2 berkaitan sewa rumah...syukran ya nik...










~fatin~
(mahasiswi tahun 3, sarjana muda pengajian quran dan multimedia)
FAKULTI PENGAJIAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH - USIM :

ni seorang lagi roommate ana...selalu berbual dengan ana...fatin paling muda dalam rumah kami...tapi fatin matang dalam pemikiran...rajin menghafal...kadang2 suka berjenaka antara kami...tapi fatin ni pemalu sikit...hik3...syukran ya fatin...






~kak sol dan dayah isa~
(mahasiswi tahun 4 sarjana muda kaunseling)
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN - USIM :



2,2 ni ibarat ibu dan ayah kami dalam rumah ni...sebab segala urusan sewa dan barangan dapur atas tanggungjwb mereka...sama2 ramah...tapi jangan usik banyak2...nt kena marah...hik3...tkde la... ana gurau ja kak sol dan dayah,, maaf ya...syukran ya sebab uruskan rumahku syurgaku dengan baik...




"the sky full of star, but the moon is you...the world full of earth, but the special is you...to forget me??? it's up to you...but to forget you, i will never do"
buat semua ahli bait yg Terbaca ruangan ini harap tak marah pada ana ye...he3...
tinta penulis:
~IZZAH_87~
(mahasiswi tahun 4, sarjana muda fiqh dan fatwa)
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG -USIM




.::.di mana Tuhan.::.


tika jiwa kekosongan, tika hati kesepian, lalu mata memandang pada ciptaan Khaliq yang Maha Indah....terkenang pada 1 kisah semasa ana di sekolah... waktu tu, ana punya seorang sahabat yang sering bercerita tentang sayangnya pada Tuhan yang Maha Agung...bila hadir ujian yang ana rasa terlalu berat untuk dipikul, lalu ana datang padanya meluahkan segala keresahan di hati...dialah yang selalu mengingatkan "jangan sering menyalahkan takdir Tuhan...bersyukurlah pada setiap ketentuan yang ditetapkan ke atas diri kita...Tuhan masih mahu memandang amalanmu...sebab itulah didatangkan ujian untuk menguji kesabaran dan keimananmu...bersabarlah...Tuhan itu ADA!!!"...


di sini ana ingin berkongsi 1 cerita yang ana pernah dengar dari sahabat...kisahnya begini....


ada seorang pemuda yang sudah lama menuntut ilmu di luar negeri, kembali ke tanah airnya. sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.


pemuda : anda siapa? dan apakah anda dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?


kiyai : saya hamba Allah dan insyaAllah dengan izinnya saya akan menjawab pertanyaan anda.


pemuda : anda yakin? sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu untuk menjawab pertanyaan saya.


kiyai : saya akan mencuba semampunya.


pemuda : saya ada 3 pertanyaan.

1) kalaumemang Tuhanitu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya.

2) apakah yang dinamakan takdir?
3) kalau syaitan diciptakan daripada api kenapa dimasukkan ke dalam neraka yang dibuat daripada api? tentu tidak menyakitkan buat syaitan. sebab mereka

memiliki unsur yang sama. apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kuat.


pemuda (sambil menahan sakit) : kenapa anda marah kepada saya?


kiyai : saya tidak marah... tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.


pemuda : saya sungguh tidak mengerti.


kiyai : bagaimana rasanya tamparan saya?


pemuda : tentu saja saya merasakan sakit.


kiyai : jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?


pemuda : ya!


kiyai : tunjukkan pada saya wujud sakit itu!


pemuda : saya tidak boleh tunjukkan.


kiyai : itulah jawapan yang pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat kewujudanNya.

adakah malam tadi kamu bermimpi akan menerima tamparan dari saya hari ini?


pemuda : tidak!


kiyai : itula yang dinamakan takdir.


pemuda : terbuat daripada apa tangan yang saya gunakan untuk menampar pipi anda?


pemuda : kulit.


kiyai : terbuat daripada apa pipi anda?


pemuda : kulit.


kiyai : bagaimana rasanya tamparan saya?


pemuda : sakit.


kiyai : walaupun syaitan dijadikan daripada api, dan neraka juga daripada api, jika Tuhan mengkehendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


semoga kita semua mendapat manfaat dan iktibar daripada kisah ini..

wallahu a'lam..


Tuesday, September 1, 2009

.::.hati orang mukmin tidak tenang dengan Tuhan.::.


orang mukmin

bagaimanalah hatinya hendak tenang dengan Tuhannya

apa yang dilihat

apa yang dirasa

apa sahaja yang didengar

apa sahaja yang dimakan atau diminum

semuanya mengusik jiwanya

menyentuh perasaannya dan hati nuraninya


ada kalanya KEBESARAN dan KEAGUNGANNYA yang dia rasa

ada ketikanya SEDIH dan SAYU HATINYA mengenang dosa

di waktu2 tertentu RASA GERUN dan HEBAT dengan Tuhannya

adakala RASA MALU dengan Tuhannya

di waktu2 tertentu TERLALU HINA DIRINYA dia merasa


begitulah seterusnya berbagai2 rasa di hatinya

yang silih berganti di dalam hidupnya

bertukar yang dilihat

bertukar apa yang disentuh

dan apa yang dimakan serta diminum

bertukar pula perasaannya terhadap Tuhannya


dunia dan nikmatnya tidak dapat melalaikannya

keindahan hidup tidak dapat mempesonakannya

bahkan nikmat dan keindahan hidup itu

mengingatkannya pada Tuhannya


begitulah hati dan jiwa mukmin

setiap yang dirasa, dimakan dan diminum

dia rasakan ayat2 Tuhannya


orang yang tidak merasa bersalah dengan dosa

maka celakalah ia

orang yang merasa aman dengan kebaikan

maka binasalah ia

orang yang berbangga dengan maksiat

itulah sejahat2 manusia

orang yang berbangga dengan ketaatan dianggap derhaka

orang binasa dengan dosanya


ada orang selamat melalui dosa

kerana apabila ia menderita selalu meminta ampun dari Tuhannya

ada juga orang binasa melalui amal solehnya

kerana apabila ia beramal ada rasa riak di hatinya


berhati2lah wahai orang mukmin dalam menjaga tahdid Agama

.::.kenapa letak info tentang barah dalam blog ni.::.


kenapa ana buat macam ni erk...apa kaitannya dengan ana...erm, dulu masa mula2 buat blog ana rasa macam kosong je idea dalam kepala ana ni...tapi bila makin lama ana belajar ilmu tentang blog ni rupanya ia berguna juga untuk diri ana...ana boleh luahkan apa2 je yang menyesakkan kepala ana...ana boleh berkongsi pendapat dengan para halaqian, sahabat2...syukran jazilan khususan ila sahabat2 yang banyak membantu dalam pembinaan dan menggalakkan ana untuk meneruskan perjuangan dalam penulisan blog ni...terima kasih khas buat fatin, anwar dan yang lain2 kerana sentiasa memberi sokongan buat ana...ana hargai jasa kalian...


eh, ni dah keluar tajuk dah ni...sebenarnya ana bukan saja2 nak letak maklumat tentang barah ni... tapi ia ada kaitan secara langsung dengan ana...jadi ana nak berkongsi dengan sahabat2 agar kita semua dapat jaga kesihatan dengan baik...selagi ada umur dan hayat,marilah hargai kesihatan yang Allah beri pada kita...ana sedar ramai di antara kita yang tidak mengambil berat tentang kesihatan diri...jadi di sini ana harap sama-samalah kita muhasabah diri...wsalam..

Monday, August 31, 2009

.::.info tentang barah.::.

Barah terjadi hasil dari pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, lymph dan darah yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya bukan kerana ia boleh menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun akan membunuh mangsanya. Barah merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia.

Pertumbuhan sel yang normal
Di dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru, hati, limpa dan yang lain. Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal, dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang tersendiri. Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu organ ke satu organ yang lain.

Sel-sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel. Proses ini dikawal begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi. Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang telah mati. Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu.

Sel-sel barah
Sel-sel barah membahagi dan bercambah mengikut kadar tersendiri tanpa boleh dikawal. Proses itu berterusan sehingga rawatan diberi. Percambahan yang begitu cepat menjadi ketumbuhan. Sel-sel ini juga tidak terkawal secara teratur sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel-sel ini tidak langsung menyerupai tisu-tisu yang normal. Bahan makanan diserapi melalui sel-sel yang normal, tetapi sel-sel barah ini tidak berfungsi langsung.

Jenis-jenis barah
Barah dikelaskan mengikut dari mana datangnya sel-sel barah ini iaitu:
Karsinoma - dari permukaan tubuh seperti kulit, perut, pundi air kencing, rahim, prostat, usus kecil dan besar, dubur, buah dada dan salur benih.
Sarkoma - dari struktur dalam tubuh seperti tulang, otot-otot dan lemak.
Lymphoma - dari kelenjar lymph.
Lukemia - dari sel darah putih.

Ketumbuhan
Tidak semua ketumbuhan itu barah, ada yang "benign". Jenis ini tidak merbahaya kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan "benign" tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan "malignant" merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya.

Ketumbuhan "benign" kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas. Ketumbuhan "benign" perlu dikeluarkan melalui pembedahan.

Asal-usul barah
Sel barah bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal.

Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi. Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti barah pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.

Cara barah membiak
Sel barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel barah menembus masuk ke dalam saluran darah.

Fungsi kelenjar lymp adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya.

Mengapa barah terjadi?
Sebab terjadinya barah tidak diketahui, tetapi barah didapati biasa terjadi apabila seseorang itu sudah meningkat tua. Bertambahnya bilangan pesakit barah adalah disebabkan dewasa ini kita hidup lebih lama dari dulu. Satu teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel yang tidak normal, tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi. Namun begitu terdapat pada mangsa barah, sebilangan sel yang berupaya untuk terus hidup hingga mengakibatkan barah.

Ada juga barah yang diwarisi seperti barah mata (retina). Barah buah dada juga dikatakan ada kaitan dengan warisan untuk sesetengah mangsa.

Kebanyakan barah dipercayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari persekitaran seperti yang terbukti dari radiasi, kimia tertentu atau bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh mengakibatkan barah. Bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan dan tembakau juga boleh mengakibatkan barah.

Siapa dihidapi barah?
Kanak-kanak juga boleh menghidapi barah, iaitu lazimnya barah lukemia. Lukemia kerap mencari mangsa yang berumur antara 3 hingga 14 tahun. Kaum lelaki pula mengalami barah paru-paru, prostat, usus besar, perut dan pankrias. Kaum wanita yang malang dihinggapi barah buah dada, pangkal rahim, rahim, usus besar, paru-paru dan ovari.

Mengesan barah
Jika barah dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain tubuh, rawatannya lebih mudah dan penyembuhan lebih mudah tercapai. Oleh itu pengdiagnosan yang seawal-awalnya sangat penting. Ketakutan kita pada penyakit barah ada kalanya melengahkan kita dari mendapat kepastian ini.

Barah boleh dikesan dengan berbagai cara seperti:

  • Sinar X dan imbasan Biopsi atau mengambil secebis tisu dan diuji
  • Ujian cairan/lelehan dari tubuh seperti air liur dan lelehan pangkal rahim
  • Pemeriksaan darah untuk menguji fungsi hati dan tulang
  • Isotope; iaitu bahan radioaktif dimasukkan ke dalam tubuh, kemudian dikesan melalui sinar X
  • Termografi; iaitu mengesan suhu pada setiap bahagian yang terlibat. Sel barah lebih tinggi suhunya dari sel normal

Setelah dikesan dan diketahui jenis serta peringkat barah yang dihidapi, rawatan yang tepat dapat dimulakan.

Tujuan rawatan ialah untuk memusnahkan semua sel barah.

Cara merawat atau mengubati barah

Doktor akan merawat mangsa barah dengan cara yang sesuai dengan jenis barah dan peringkatnya.

Antara rawatan yang diberi ialah:

  • Pembedahan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan barah termasuk kawasan sekelilingnya serta kelenjar-kelenjar lymph yang berdekatan. Pembinaan semula dilakukan jika perlu seperti 'colostomy', iaitu membina salur najis di atas perut apabila usus dan dubur telah dibuang
  • Menggunakan radioterapi untuk memusnahkan sel-sel barah. Radiasi memusnahkan bahan genetik sel barah supaya ia tidak berupaya bercambah lagi. Tetapi radiasi juga turut memusnahkan sel yang normal. Proses pemulihan sel normal akan berlaku selepas itu. Selalunya dos radiasi yang selamat diberikan. Ia diberikan setiap hari selama 4 hingga 6 minggu. Kesan sampingan yang dialami ialah gatal kulit. Ini boleh dikurangkan dengan tidak membasuhnya, kemudian sapukan kerim. Kelesuan dan cirit-birit akan berlaku jika rawatan dibuat di bahagian perut. Rambut akan gugur jika rawatan dibuat di kawasan kepala, tetapi rambut akan tumbuh semula dalam tempoh 6 bulan. Kesembuhan untuk ketumbuhan setempat seperti di leher dan kepala kadang-kadang boleh dicapai dengan radiasi. Radiasi dilakukan selepas pembedahan untuk meningkatkan kesembuhan seperti pada buah dada. Radiasi juga boleh melegakan gejala-gejala barah terutamanya rasa sakit. Radiasi kadang-kadang dimasukkan sebagai susuk ke dalam mulut, lidah, rahim untuk mengurangkan pemusnahan sel-sel normal.
  • Kemoterapi iaitu dengan ubat-ubatan untuk memusnahkan kandungan genetik sel barah. Rawatan cara ini diberi bila barah telah merebak. Pemusnahan kandungan genetik mengakibatkan percambahan sel barah tidak sempurna, tetapi ia turut melibatkan percambahan sel normal. Kesan sampingan rawatan ini adalah keguguran rambut, loya dan pengurangan sel darah. Ini kerana sel di bahagian kulit, tulang sumsum dan perut bercambah dengan pesatnya.
  • Terapi hormon diberi pada barah yang bergantung kepada hormon untuk bercambah. Hormon penghalang pengeluaran hormon yang biasa diberi supaya sel barah ini berhenti bercambah.

Rawatan kombinasi juga diberi untuk barah seperti yang dihidapi oleh kanak-kanak. Pembedahan diikuti dengan radioterapi kemudian diikuti dengan ubat-ubatan. Dalam kes barah lukemia dan anemia tertentu, radiasi seluruh tubuh dilakukan sebelum pemindahan tulang sumsum dilaksanakan.

Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh itu adalah penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh, rawatan susulan adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat. Sekiranya mangsa barah boleh hidup dan sihat sehingga selepas 5 tahun, bolehlah berharap bahawa dia tidak akan lagi dihingapi barah.

Cara mengelak barah

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak berlakunya barah seperti:

  • Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari secara terus menerus
  • Elakkan menghisap rokok
  • Elakkan menjalani sinar X kecuali jika benar-benar perlu
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
  • Lebihkan makanan yang mengandungi serabut yang tinggi
  • Kurangkan makan bahan-bahan manis
  • Tinggal di kawasan yang tidak tercemar udara
  • Pilih pekerjaan yang tidak mendedahkan diri kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan barah

Tujuh tanda-tanda barah

1] Perubahan tabii sistem pembuangan najis dan perkencingan

2] Kudis yang tidak boleh sembuh

3] Perdarahan atau lendir yang luar biasa

4] Ketumbuhan pada buah dada atau di tempat lain

5] Makanan tidak hadam atau kepayahan menelan

6] Perubahan ketara pada kutil atau tahi lalat

7] Batuk yang sentiasa ada atau serak suara

~utamakan kesihatan anda~

Sunday, August 30, 2009

.::.warkah buat ummi wa abi.::.







Assalammualaikum ummi wa abi...

Di kemuliaan ramadhan kali ini anakanda bersujud pada Ilahi buat sekian kalinya memohon agar diberikan kekuatan dan ketabahan buat ummi wa abi yang berada di kampung...semoga ummi wa abi sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Ilahi...

Ummi, buat sekian kalinya anakanda ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas didikan dan pengorbanan ummi buat anakanda dan adik-adik selama 22tahun ...terima kasih ummi kerana tidak pernah jemu melayan kerenah dan ragam kami semua...ummi tak pernah tinggalkan kami walau sedetik pun...selalu ummi tutupi kesedihan dan keresahan di hati ummi demi kami semua...terlalu banyak jasa ummi pada kami 5 beradik...tak terbalas segala penat lelahmu ummi selama membesarkan kami...

Ummi,maafkan anakandamu ini jika selalu menyusahkan hati ummi...tak pernah terdetik sesaat pun niat di hati untuk melawan kata ummi apatah lagi menyakiti hati ummi, anakanda selalu memohon pada Rabbi agar jauh dari perbuatan yang boleh melukakan hati ummi...tapi terkadang, nafsu dan syaitan tetap juga datang berbisik pada hati hingga anakanda tak mampu untuk melawannya...ummi, takkan terampun dosa anakanda jika sampai ummi mengalirkan air mata kekesalan kerana perbuatan anakanda... anakanda terlalu berharap agar ummi selalu tabah dan akan terus tabah dalam melayani kenakalan kami adik-beradik...

Uummi, setiap kali menatap wajahmu, anakanda selalu memikirkan bagaimana nantinya jika anakanda berada di tempat ummi, adakah anakanda mampu bersabar seperti ummi, melayan kerenah anak-anak, suami tanpa rasa jemu dan mengeluh sedikit pun...anakanda tahu betapa dalamnya kasih ummi buat abi dan kami 5 beradik...anakanda ingin menjadi setabah dan sesabar ummi...anakanda berharap ummi sentiasa kuat dalam mengharungi suka duka kehidupan...anakanda tahu ummi tak pernah mengeluh sepanjang ummi di uji dengan dugaan...anakanda bangga punya ummi... ummi, doakanlah anakanda agar menjadi anak yang solehah dan insan yang berguna suatu hari nanti...

Abi, syukran jazilan kerana telah bersusah payah memberikan kebahagiaan buat ummi selama ini... juga telah membesarkan kami 5 beradik dengan didikan agama yang secukupnya...teringat suatu ketika, saat rotanmu singgah di tangan anakanda...waktu itu anakanda masih terlalu kecil untuk memahami maksud didikan yang abi tunjukkan...bagi anakanda saat itu abi benci dan tak sayangkan anak-anak kerana sering memukul kami adik- beradik...tapi bila teringat saat abi merawat luka akibat libasan rotan itu, anakanda sedar, abi mahu kami jadi anak yang taat dan mendengar kata...jika bukan kerana rotan abi, mungkin hari ini anakanda tiada di sini...

Anakanda tahu abi terlalu sayangkan kami sehingga apabila hati anakanda dilukakan oleh insan dari kaum abi, abi turut meluahkan rasa resah hati pada ummi...anakanda tahu segalanya abi...ummi yang selalu ceritakan pada anakanda...terima kasih abi kerana terlalu menyayangi anakanda walaupun abi tak pernah tunjukkan dengan kata-kata...doakanlah anakanda mu ini abi agar tidak tersalah memilih jalan hidup dan sentiasa berada di landasan agama Rabbi...

Abi, bersabarlah dengan kesakitan dan penderitaan yang abi alami saat ini...anakanda akan terus berdoa agar abi kembali sihat dan dapat meraikan syawal kali ini dengan penuh kemeriahan dan dengan rasa kesyukuran...tabahkanlah hatimu abi...

Ya Ilahi,,,pandanglah kepadaku, lihatlah kepada keluargaku, ampunilah dosa2ku, ampunilah dosa kedua orang tuaku, perbaikilah kehidupanku, berilah kami peluang untuk merebut kenikmatan ramadhan dan syawal kali ini dengan penuh kebahagiaan...dan aku amat berharap agar 1 hari nanti aku dapat memeluk dan mencium dua insan yang paling penting dalam hidupku ini... amin ya Rabb...