masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: .::.maafkan diri ini duhai sahabat kerana terlupa akan perasaanmu.::.
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Sunday, September 6, 2009

.::.maafkan diri ini duhai sahabat kerana terlupa akan perasaanmu.::.


Dalam dunia ini kita tidak mempunyai sesiapa pun
kecuali diri kita sendiri
tetapi
dalam kita bersendirian
kita masih beruntung
kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita
sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat
begitulah juga dirinya
"tetapi kita sering terlupa akan hal itu"
dia mengambil berat tentang harapan dan perasaan kita
kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya
kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya
bagi kita
"itu alasannya untuk menutup kesalahan dan membela diri"
kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati
kita beri beribu alasan
memaksa dia menerima setiap alasan kita
"waktu itu...terfikirkah kita akan perasaannya.....???"
seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa
tetapi
kita sering terlupa akan hakikat itu
untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
yang selalu berada di sisi ketika kita memerlukannya
mendengar setiap luahan perasaan kita
segala rasa kecewa dan duka lara
juga setiap harapan dan impian yang dapat dikongsi bersama
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah
selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita
sehingga
kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita
yang ingin dikongsi bersama kita
pernahkah kita memberinya peluang
untuk menceritakan tentang kebimbangannya,
keresahan di hatinya??
pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia melakukannya
pada kita??
ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya
mampukah kita menjadi sumber kekuatan baginya
sepertimana dia meniup semangat setiap kali
kita rasa kecewa dan menyerah kalah
dapatkah kita meyakinkannya yang kita boleh dipercayai
kita boleh dijadikan tempat untuk dia bersandar
di saat dia terasa lemah, agar dia tidak rebah
bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapannya
sesekali jadilah sahabat yang medengar daripada yang hanya bercerita
ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan seorang sahabat
kerana dia juga seorang manusia
dia juga ada rasa takut, bimbang, sedih dan kecewa
dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat
sebagai kekuatan
jadilah kita sahabatnya itu
kita selalu melihat dia ketawa
tapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan
di sebalik senyumannya
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan
di sebalik ketenangannya
mungkin tersimpan sejuta kekalutan
kita tidak tahu semua itu
sehingga kita menjadi sahabat sepertinya
mungkin kita akan tahu
renungkanlah wahai hati...
"sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya sebuah kemesraan.
kenangi sebuah perhubungan kerana di situ terciptanya kerinduan.
dan
hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat Tuhan"

No comments: