masih tiada mood untuk menulis di blog....
^^ummi muadz^^: cinta saintifik alaf baru
Assalamualaikum ashabul blog sekalian... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...

Thursday, January 20, 2011

cinta saintifik alaf baru


saya : kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

dia : aku tidak percaya padamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindakbalas penggantian ke atas diriku.

saya : kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

dia : tapi, aku rasakan kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg aku berikan.

saya : tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

dia : aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yg kau berikan masih lagi belum sahih.

saya : tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindakbalas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

dia : kau jangan bohong! aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

saya : itu adalah fitnah yg tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.

dia : tapi, kenapa kau membuat tempoh percintaan kita mengalami rintangan?

saya : aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

dia : adakah kita akan berpadu secara kimia?

saya : itu masih belum diketahui, tapi hasilnya nanti dapat dilihat melalui mikroskop cahaya.

dia : aku bimbang kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindakbalas dengannya.

saya : nampaknya, kita sedang bercinta 3 segi dan haruslah menggunakan hukum2 penyelesaian segi 3 untuk menyelesaikannya.

dia : tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. masihkah kau tidak percaya?

saya : ya, aku percaya. tapi, aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

dia : itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh percintaan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

saya : kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 daripada iman.

dia : tapi, imanku adalah infiniti.

saya : aku tidak fikir yg iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.

dia : kau membuat kemarahanku meruap2. nanti bila tekananku melebihi tekanan udara, kau juga yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

saya : aku sekarang bukan aku yang dulu lagi. aku telah mengalami plasmolis.

dia : kau benar2 menyakitkan hatiku. ku sangkakan kau adalah intan, rupanya kau adalah grafit. pergi kau dari sini. biarkan aku sendiri menuju ke arah yg infiniti bersama aura kehidupan dalam gelombang beta.

No comments: